Penipuan siber atau scam semakin menjadi-jadi kebelakangan ini sehingga menyebabkan pelbagai kerugian kepada mangsa. Oleh hal demikian, kita haruslah lebih berhati-hati semasa menggunakan siber lebih-lebih lagi hal yang melibatkan wang.
Menerusi laporan portal Thaiger, seorang bekas inspektor polis ‘hilang kata-kata’ apabila semua duit pencen persaraannya yang berjumlah RM 226,151 lesap kerana ditipu oleh sindiket penipuan wang (scammer).
Mangsa yang menetap di wilayah Lampang, Thailand itu menyatakan bahawa dia dihubungi oleh seseorang individu yang mengatakan dirinya dari Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi Negara pada 1 Jun yang lalu.
Sewaktu panggilan itu dibuat, sindiket tersebut mendakwa bahawa sebelumnya nombor telefon milik bekas inspektor itu telah digunakan dalam jenayah talian komunikasi.
Bagi mengelakkan dirinya didakwa ‘polis’, mangsa dikatakan harus menfailkan aduan polis dan mengikuti arahan yang terdapat pada Teamviewer, yang merupakan aplikasi yang memberikan akses kepada komputer dan telefon dari jarak jauh.
Difahamkan pada masa yang sama, mangsa turut diarahkan untuk menambah group LINE yang ‘kononnya’ dipercayai polis bandar Chiang Rai menggunakan aplikasi tersebut.
Walau bagaimanapun, tanpa disedari mangsa kesemua duit pencen persaraannya yang berjumlah RM 226,151 itu lenyap begitu sahaja selepas memuat turun beberapa aplikasi yang diarahkan oleh si pemanggil penipu terbabit.
Rasa seperti sesuatu yang tidak kena, mangsa terus menyemak kembali akaun banknya dan mendapati dirinya telah ditipu.
Berdasarkan laporan Thaiger, transaksi wang itu telah didaftarkan atas nama Mr. Phachhorn di bawah akaun bank Kiatnakin dan Mr. Rattanaphon melalui akaun Bank Bangkok.
Menurut penerangan yang diberikan mangsa, mangsa tidak memuat turun apa-apa aplikasi berkaitan perbankan dan akses teknologi.
Beliau juga turut mengaku bahawa beliau tidak begitu mahir dalam menggunakan teknologi.
Sekadar info, sehingga ke hari ini kes tersebut masih disiasat oleh pihak polis dan hukuman yang bakal dikenakan kepada sindiket penipu berkenaan.
Tuntasnya, kita perlu lebih berwaspada ketika menerima panggilan daripada sesiapa yang tidak dikenali bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti penipuan siber ini.