Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Terkadang daam idup ini kita merasakan bahawa masalah kita lebih besar dari segalanya namun tanpa kita sedar, terdapat orang lain yang jauh lebih berat ujiannya berbanding kita.
Sudah jatuh ditimpa tangga, itu lah peribahasa yang sinonim dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki yang dikenali sebagai Wan Abdul Hati memuat naik satu perkongsian di laman TikTok mengenai seorang pakcik berumur 66 tahun mengundang sebak ramai.
Difahamkan pemuda ini dalam pejalanan ke Kuala Lumpur daripada Batu Pahat dan dia singgah di hentian rehat dan rawat (RnR) Ayer Keroh untuk membuang air dan membeli minuman.
Namun sewaktu dia berjalan ke kereta untuk merokok, dia terlihat seorang pakcik yang sedang duduk seorang diri dan segera ke arah pakcik tersebut seteah dilambainya.
Bercerita lanjut, Pakcik ini bertanya pemuda ini dia mahu ke mana dan meminta izin untuk tumpang pemuda ini ke hentian Nilai.
Takut akan perkara yang tidak diingini berlaku, lelaki ini bertanya semula Pakcik ini daripada mana dan mengapa pakcik tersebut ingin menumpangnya ke Nilai.
Namun siapa sangka, pakcik ini sebenarnya berasal dari Alor Setar dan sudah 3 hari di Melaka untuk melawat anak tunggalnya yang baru sahaja terlibat dalam kemalangan.
Menurut rakan kepada anaknya itu, anak tunggal berumur 24 tahun yang juga pelajar degree di sebuah institusi di Melaka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux ketika berhenti menunggu lampu merah.
Keadaan anaknya kini kritikal dimana dia masih koma dan tidak sedarkan diri. Bukan itu sahaja, kedua-dua belah kaki juga patah sehingga ke paras peha. Leher, kedua-dua belah tangan turut patah serta terdapat luka di bahagian kepala.
Hidup sebatang kara, warga emas ini sudah kehilangan isteri tercinta 18 tahun lalu dan satu-satunya abang kepada pakcik ini juga telah meninggal dunia dan kini dia cuma mempunyai seorang kakak ipar namun tidak dapat dihubungi.
Pakcik ini hanya meminta belas ihsan pemuda tersebut untuk menumpangnya ke hentian untuk dia pulang semula ke Alor Setar.
Difahamkan duitnya sudah habis digunakan seaktu berada di Melaka dan ingin pulang ke Alor Setar untuk menoreh getah dan mengumpul duit untuk datang ke Melaka semula menjenguk anaknya bagaimana pun dia redha jika Allah ingin mengambil nyawa anaknya.
Sebak dengan lauahan warga emas ini, pemuda berhati mulia tersebut mengambil keputusan untuk menghantar pakcik initerus ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk terus pulang ke Alor Setar serta menghulurkan sejumlah wang untuk membeli tiket bas.
Sebelum ke TBS, lelaki ini juga membawa pakcik ini untuk makan kerana dia hanya menjamah roti sejak semalam.
Video yang tular di TikTok:
Meninjau di ruangan komen, rata-rata para netizen memuji sikap mulia lelaki tersebut yang membantu pakcik itu untuk pulang ke kampung.
Namun lumrah hidup, kita tidak dapat memuaskan hati semua orang. Ada juga sebilangan warga netizen yang menyifatkan lelaki ini ingin menunjuk-nunjuk demi meraih pujian orang ramai.
Tanpa berdiam diri lelaki ini tampil memaklumkan bahawa dia hanya berkongsi ceritanya dan tidak terdetik sebarang niat untuk riak dengan apa yang dilakukan selain tidak menyangka video itu akan tular.
Bukan itu sahaja, pemuda ini juga membaca pelbagai komen daripada warga netizen yang mengatakan pakcik ini mahu menipunya semata mata dan ada yang mengakui pakcik ini merupakan ayah angkatnya dan tidak pernah berkahwin.
Tidak cukup dengan itu, ada netizen yang mendakwa itu merupakan pakcik Majid yang pernah viral satu ketika dahulu kerana berjalan kaki dari Kuantan ke Shah Alam.
Namun setelah diselidik , ternyata pakcik yang pemuda ini jumpa dan pakcik yang viral satu ketika dahulu merupakan orang yang berlainan cuma rupanya sahaja yang hampir serupa malah suaranya pun lain.
Tambah pemuda ini lagi, pakcik itu pada awalnya menolak ajakannya untuk makan bersama namun apabila melihat keadaan pakcik itu yang lapar, dia mendesak pakcik itu untuk makan sebagai alas perut.
Semoga perkongsian pemuda ini menjadi asbab kepada orang ramai untuk terus melakukan kebaikan di atas dunia dan sama-sama lah kita doakan agar urusan pakcik ini dipermudahkan serta anaknya kembali pulih seperti sedia kala.