Setiap hari pasti akan ada sahaja berita tentang kejahatan di seluruh dunia, adakalanya kita sering tertanya dimanakah pengakhiran semua ini.
Bagaimanakah dengan generasi kita pada masa akan datang? Adakah aman atau sebaliknya?
Namun dalam pada itu, terdapat juga di kalangan kita yang mempunyai hati yang yang benar-benar baik.
Mereka menghulurkan bantuan tanpa mempedulikan diri sendiri atau mengharapkan sebarang balasan mahu pun ucapan terima kasih.
Menerusi laman facebook, Pimchanok Praisuwan yang berasal daripada Thailand ini berkongsi sebuah kisah yang menyentuh hati.
Apa yang berlaku ialah, muncul dua orang pegawai untuk membantu mereka ketika dia dan ibunya berjalan hendak melintasi platform kereta api.
Bagi melintasi platform kereta api tersebut, Salah seorang daripada mereka sanggup mendukung ibunya yang telah tua.
Wanita tu menyifatkan apa yang dilakukan oleh pegawai itu terhadap ibunya adalah satu perkara yang sangat comel dan penuh dengan keikhlasan.
Wanita ini juga menasihatkan orang ramai untuk jalankan tugas yang diamanahkan dengan baik seperti yang dilakukan oleh pegawai-pegawai yang membantu mereka dan tidak lupa juga untuk menghormati orang tua.
Netizen juga tidak ketinggalan untuk menyatakan pendapat mereka. Netizen menghargai apa yang dilakukan oleh pegawai tersebut.
Rata rata daripada warganet sependapat dengan wanita ini. Ianya satu perkara yang sangat comel.
Siapa sangka status Facebooknya telah menarik perhatian ramai malah telah dikongsikan lebih daripada 300 kali.
Perkara murni yang dilakukan oleh pegawai ini seharusnya menjadi contoh kepada semua agar kita hidup bersama dalam masyarakat yang harmoni.