“Dulu Ayah Tukang Kebun” Alha Alfa Kongsi Kisah Hidup Sebelum Kaya dan Berjaya
Alha Alfa merupakan usahawan kosmetik terkenal dan juga jurusolek selebriti terkemuka Malaysia.
Di dalam satu posting di Instagram, Alha Alfa bekongsi kisah suka-duka beliau daripda hidup susah dahulu sehingga kaya dan berjaya sekarang.
Dahulu Alha pernah mengambil upah sebagai tukang cat untuk menjana pendapatan memandangkan dirinya bukan berasal daripada keluarga berada.
Dalam masa sama, Alha turut bekerja sebagai ‘tukang buat Pizza’ di restoran Pizza Hut selama lebih kurang setengah tahun.
Kemudian, Alha menyambung pendidikan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan kerjaya jurumekapnya berkembang apabila turut terpilih menjayakan produksi drama.
Alha berkenalan dengan beberapa selebriti popular yang sekaligus mengangkat namanya di persada dunia hiburan. Selain itu, Alha turut diberi tanggungjawab menggalas peranan sebagai pembantu peribadi kepada penyanyi Amy Mastura.
Pada pertengahan tahun 2017, rezekinya terus melimpah ruah apabila memiliki produk kosmetik sendiri iaitu ‘Alha Alfa’. Malah dia mempunyai lebih kurang seribu pelajar di bawah didikannya.
Selepas dua tahun produk itu diperkenalkan, beliau kemudiannya menjadi penaja utama bagi acara Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Oktober 2018.
Alha bercita-cita untuk menjadikan syarikat kosmetiknya sebagai nombor satu di Malaysia
Alha juga pernah menyolek ramai selebriti popular seperti Fasha Sandha, Ayda Jebat, Uqasha Senrose, Nelydia Senrose, Zara Zya, Jihan Muse, Amy Mastura dan ramai lagi.
Kejayaan yang diraihnya hari ini disifatkan kerana minat yang mendalam dan niat baik untuk membantu keluarga.
Berikut perkongsian Alha Alfa di Instagram miliknya:
Satu masa dlu, sy mmg membesar di rumah pangsa~ ayah tukang kebun, ibu mengasuh..sy duduk di bangi, di kelilingi kwn2 yg kaya raya..
sy bersekolah di sekolah yg blh dikatakn ramai anak2 “elite”..sy igt satu peristiwa ketika berdaftar di sekolah tersebut,,di sbbkan gaji ayah rm500 time tu,xde sekolah pun nak amik sy..kebetulan satu sekolah ni,guru besar tu berhati mulia..
katanya nasib sy baik sbb ada sorg pelajar tukar sekolah n die gantikan sy ke tempat bdk tu..bygkan persekitaran sy kebyakn anak2 org kaya pergi sekolah naik keta2 mewah,driver hantar..kwn2 karib sy semua ckp matsaleh ngn parents..
susahnya nak sesuaikan diri..diorg outing sna sini sy duk umah..diorg pakai hp..sy publik phone(lagi besar kan )mgkin dr situ sy terbuka mata xboleh teruskn kehidupan macamni,.susah sebenarnya hidup macmtu..
kalau ada brg hilang,mesti kite kene tuduh..klu bergaduh,mesti kite yg jahat.. tp xpe ALLAH selalu ada..target sy tak bsar,sy target nk bg ibu ayah happy diorg nak ape boleh beli pun cukup dah..kalau korg tgk gamba atas tu..
ada keta merah kan?punyalah ayah jaga keta tu..rasanya berapa kali dah kami tolak keta tu stuck tgh jln..ada 1x ..naik bukit melongsor kembali n ada 1x asap ezos masuk berkepuk dlm keta mcm2 kenangan..
smua ni sgt mengajar sy kene ubah hidup family kite.klu org tanya nape kawen lambat,sy nak bagi family sy sng dlu,baru sy nak senagkan diri sendiri,sbb dr xde ape diorg ni yg byk bantu sy..ibu penah ngadu,ada org cakap kat die
“tak malu ke anak jd pak andam?”
sy ckp nak malu ape? lg malu kalau xkeje susahkan ibu..ape pun “starting” pekerjaan kite,buat smpi dpt hasil,,klu xberjaya,try lagi benda lain jgn smpi putus asa..doa ibu ayah tu sbnrnye magic!
benda susah jd senang..benda xde jadi ada..ape pun byk pengalaman kehidupan dlu2 yg sy rasa sy masih sama..tgk cara posing n “side” bila amik gamba tu so good luck adik2..masa abg amik gamba kat atas tu,abg tgkatan 2 xsilap..
cita2 nak jadi landscaper sbb ayah tkg kebun,so nak amik alih jawatan ayah versi versetail skit now jadi lain~so tipsnya mudah, tak ada..
buat cara xada,jgn push mak ayah sbb nak nmpak sama macam depa.jd diri sendri happy bday ibu!