Dengan peningkatan angka kematian di negara kita sejak pandemik C19 melanda dunia, kehadiran vaksin adalah satu perkara yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang bagi meredakan keadaan.
Setelah setahun lebih kita berhadapan dengan wabak ini, vaksin telah pun berjaya dihasilkan dan ditawarkan kepada pelbagai negara.
Antara vaksin yang kita selalu dengar adalah AstraZaneca, Sinovac, Pfizer dan bermacam lagi.
Tak kisah lah jenis apa sekali pun vaksin yang kita dapat, semuanya ada kelebihan masing masing.
Namun dalam pada itu ada juga sebilangan daripada kita mempunyai alahan dengan bahan suntikan.
Terbaru, Pemilik nama Balkiysh Semundur Khan terpaksa meminta nasihat daripada beberapa doktor pakar sebelum mengambil keputusan untuk menerima suntikan vaksin.
Hal ini kerana sejak daripada dulu dia mempunyai alahan kepada bahan suntikkan sehingga dapat membahayakan nyawanya. Kata Balkiysh Semundur.
“Alhamdulillah, kami cuba juga untuk ambil vaksin..setelah beberapa orang doktor pakar berbincang tadi di HKL (Hospital Kuala Lumpur)”
“Bukan senang mereka nak buat keputusan tadi..berapa ramai doktor pakar mereka rujuk dan bincang sebab badan saya memang tak boleh terima apa-apa suntikan”
“Saya ada allergic yang tahap kritikal..dah pernah jadi suatu ketika dahulu yang mana nyawa saya hanya 50/50..”
Aalhamdulillah waktu tu sy diberi kekuatan..sbb tu bukan senang nk buat keputusan..”
Pelakon yang makin dikenali dengan drama Mak Cun berkongsi tentang perkara tersebut melalui applikasi Intagram baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, Balkiysh berharap suntikan vaksin untuk C19 ini tidak berlakunya kejadian yang sama seperti sebelum ini.
Dalam pada itu Baliysh juga sempat memohon doa daripada orang ramai tentang kesihatan dirinya.
“Doakan sy selamat dan tiada kesan sampingan yg teruk..Terima kasih frontliner..”
Terdahulu, Balkisyh selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Mohd Nazri Zakaria, 34, pada hujung tahun lepas.
Majlis akad nikah pelakon drama Mok Cun itu diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan menggunakan wali hakim, hanya disaksikan 20 tetamu.
Pasangan mempelai kemudiannya diraikan di sebuah restoran di ibu kota dengan dihadiri sekitar 50 tetamu.
“Alhamdulillah, segala kesukaran untuk mencari bapa kandung, Semundur Khan Gulam Khan sebagai wali diselesaikan dengan bantuan JAWI.
“Pada mulanya, saya berdepan menjejaki bapa kandung untuk dijadikan wali. Namun, selepas masalah ini mendapat liputan media, segala-galanya dipermudahkan. Saya akhirnya bergelar isteri sekali lagi,” katanya.
Sebelum ini, kisah pelakon berkenaan berdepan kesukaran mencari bapanya untuk dijadikan wali mendapat perhatian ramai.
“Saya berusaha mencari bapa termasuk membuat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen, tetapi gagal.
“Saya pernah membuat carian di JPN membabitkan rekod kematian dan alamat terakhir. Selepas dua minggu, saya diberitahu ayah masih hidup sebab tidak ada rekod kematian dan alamat terakhirnya di Tawau, Sabah.
“Malangnya, rumah itu sudah dijual, sejak lima tahun lalu. Dalam semakan Jabatan Imigresen pun ayah tiada rekod keluar masuk negara, sejak empat tahun lalu.
“JAWI akhirnya meminta saya menghantar permohonan untuk menggunakan wali hakim,” katanya yang pernah lapan kali turun naik pejabat agama, namun permohonan tetap ditolak.
Untuk rekod, Balkisyh merupakan pemenang tempat ketiga dalam pencarian Gadis Metro 2004 dan bekas isteri kepada Mohd Aizad Rosli pada 2007, dan dikurniakan dua cahaya mata.