Connect with us

Viral

Dulu Viral Panjat Signboard IPOH, Wanita Ini Tekad Kurus Balik Sebab Berat Naik 30 Kg Lepas Setahun Kahwin

Adakah anda masih ingat lagi wanita yang pernah viral satu ketika dulu gara-gara kerana memanjat signboard bertulis perkataan IPOH.

Rupa-rupanya wanita ini @farihanbaharudin memang menjadikan aktiviti lasak ini sebahagian rutin hariannya.

Baru-baru ini dia telah muat naik satu thread di laman sosial twitter memberitahu dirinya yang sudah berisi dan sukar untuk melakukan aktiviti lasak.

Jadi dia tekad untuk kembali kurus bagi meneruskan minatnya pada tahun 2019 ini.

Menurutnya dulu berat badannya hanya sekitar 55 kg dan kini mencecah 80 kg. Hampir 30 kg pertambahan berat badan dan ini berlaku hanyalah selepas dirinya berkahwin.

Bercerita bagaimana berat badan boleh naik mendadak dan dia sebenarnya tidak kisah perubahan berat badan berkenaan.

Namun agak membataskan dirinya untuk melakukan pelbagai aktiviti kegemarannya seperti memanjat gunung, bukit dan sebagainya.

Jadi dia bertekad untuk kembali kurus dan berharap agar impiannya akan jadi kenyataan pada tahun ini.

Dari kurus ke gemuk.

Berat naik mendadak lepas kahwin dalam sekelip mata.

Sebabnya, selera makan makin bertambah. Setiap hari makan nasi lemak.


Bangun 3 pagi mintak suami bawak makan nasi lemak.

Makan dan minum manis setiap masa selepas makan. Ada buat rawatan di klinik bimbang ada kencing manis. tapi semuanya tiada masalah kesihatan.

Sebelum ini memang jenis wanita yang aktif dan pergi gym.

Tiada lagi outdoor aktiviti sebab tak nak susahkan orang lain dengan fizikal sekarang.

Ramai tanya tak nak kurus balik ke? Juga tahu cara untuk kurus semula.

Tapi kena kuat dan bersemangat. Bila badan berisi tak boleh nak buat aktiviti normal secara cepat.

Doakan kembali kurus 2019 sebab nak jadi sihat dan lebih bertenaga.

Rupanya inilah gadis yang panjat signboard IPOH hingga viral tahun 2016 lalu.

Sumber: Hijabista

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.