Connect with us

Viral

“Dunia ni kejam” Penat Jual Jeruk Mangga Sampai Tertidur, Reaksi Warga Emas Duduk Keletihan Buat Netizen Sebak

Menjual mangga asam boi di lampu isyarat atau ‘traffic light’ telah menjadi satu fenomena yang gempak di Malaysia semenjak 1-2 tahun kebelakangan ini.
Iospital phone repair gombak
Mungkin ramai antara pengguna jalanraya terutama dibandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia ‘perasan’ akan kehadiran mereka yang menawarkan jeruk mangga asam boi dijual dengan harga RM10 satu bekas atau satu balang plastik.

Pun begitu, tiada pekerjaan halal yang mudah, pastinya mencari rezeki merupakan perkara yang memenatkan namun perlu diteruskan demi kelangsungan hidup.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki akui tersentuh melihat kegigihan seorang pak cik menjual jeruk mangga mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @olalala9099, kelihatan lelaki tersebut berada di dalam keretanya sambil menunggu lampu isyarat bertukar pada warna hijau sebelum bergerak.

Pun begitu, dia tiba-tiba terpandang ke arah seorang pakcik terduduk di tepi jalan. Pakcik tersebut kelihatan penat dan memejam mata sambil memegang dua plastik bekas jeruk mangga untuk dijual.


Mungkin kerana penat seharian menjaja dalam cuaca yang tidak menentu, dia ingin berehat sekejap walaupun perlu tidur di tepi jalan raya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat nasib warga emas tersebut yang kelihatan sangat penat mencari punca pendapatan.

“Allahu Akbar, sedihnya. Kalau saya lalu, saya akan beli walau tak berapa makan, sedekah kat jiran je.”

Bukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar pakcik tersebut dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Antara komen warga maya:

“Sebab tu kalau nampak orang jual mangga aku beli sebab bukan senang nak cari rezeki”

“Takleh betul tengok orang jual mangga kat traffic light ni.. sedih rasa..”


“Semoga dimurahkan rezeki pakcik..”

“Sedih weh tengok..”


Video yang tular di laman TikTok:

@olalala9099penat pak cik ni cari rezeki sampai tertidur..dia ibarat mcm ni la klau time senang hilang tah kemana..tapi bila susah masa tu la ingat sedara ke apa ke..nampak mcm xde kenemengena dgn vedio ni kn..tu la dunia ni xpenah adil..dunia ni kejam bro♬ Tentang Bulan – Amelia Syafiena

Continue Reading
Advertisement