Pelakon popular Uqasha Senrose, 29, sekali lagi menarik perhatian netzen gara-gara membuat suntingan keterlaluan pada foto bersama tunangnya yang juga pelakon, Kamal Adli, 35.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), netizen mendakwa Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen menyunting bahagian pinggul sehingga membuatkan garisan dinding yang terletak di bahagian belakangnya turut membengkok.
“I miss those days .. where i can see u when i miss you .. and now i miss everything about you my mr.fiance,”
Menyedari insiden itu, rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komen dengan menyatakan pendapat mereka mengenai suntingan tersebut.
Malah, ada juga segelintir pengikut yang menawarkan diri untuk membantu pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa membuat suntingan.
“Walaupun saya ternampak garisan dinding tiang tu bengkok.. tapi takpa.. Kak Usya comel la.
“Akak kalau tak reti edit boleh PM saya tau. Saya bantu akak confirm clean bukti.
“Akhirnya aku jumpa apa yang aku cari. Hahaha senget sikit tu.
“Saya boleh tolong sunting kan lain kali,” antara komen-komen yang ditulis.
Terdahulu, Uqasha pernah ditegur netizen selepas berkongsi foto yang disunting di majlis ulang tahun kelahiran ke-28.
Menerusi foto tersebut, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, menyunting bahagian pinggulnya sehingga membuatkan lilin pada kek hari jadi turut membengkok.
Foto romantik bersama pelakon Kamal Adli itu turut mendapat perhatian jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa.
“Perangai! Herot lilin… selamat hari jadi Uqasha. Awak hebat! Rindu awak,” komen Alha Alfa.
Uqasha ditegur netizen selepas berkongsi foto ulang tahun yang disunting.
Berikutan insiden itu, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen Instagram Uqasha dengan meluahkan pendapat mereka mengenai suntingan tersebut.
Segelintir mereka menganggap tindakan itu dilakukan bertujuan menampakkan bentuk badannya menjadi lebih menarik dan kecil.
“Ya Allah, siapa yang edit ni. Ketara sangat kecilkan badan.
Uqasha meraikan ulang tahun yang ke-28 bersama kenalan rapat dan ahli keluarga.
“Sampai bengkok lilin api tu. Maaf la mata sis tertumpu.
“Selamat hari jadi kak Sha tapi kenapa kak Sha edit teruk sangat.
“Mak ai… edit sampai melengkung betul lilin tu,” komen beberapa netizen.
Ramai peminat mendoakan agar Uqasha dan Kamal ditemukan jodoh.
Dalam pada itu, kehadiran pelakon Kamal Adli pada majlis istimewa itu turut mencuri perhatian netizen.
Rata-rata mendoakan agar pasangan itu segera ditemukan jodoh.
“Kalau Kamal Adli ada di situ, aku reda dan akan ambil setapak ke belakang.
“Selamat hari jadi Uqasha. Semoga Allah limpahi rahmat. Cepat saja la kahwin dengan Kamal,” tulis beberapa netizen.
Walau bagaimanapun, Uqasha mengakui dia tersalah menyunting sehinggakan lilin pada kek hari jadinya turut sama membengkok.
“Tertarik dan tak perasan… habis la kita kena kecam ni,” jawab Uqasha.