Connect with us

Viral

“Effect lambat” Anak Pergi Tindik Telinga, Reaksi Bapa Jadi Perhatian Netizen

Sudah menjadi fitrah ‘mak-mak’ kalau dapat anak perempuan, ada sahaja dia nak melaram. Tidak cukup dengan baju dress yang cantik, kebiasaannya ibu atau bapa akan memakaikan anak perempuannya emas seperti gelang mahu pun rantai agar terlihat lebih cantik.

Ada juga yang memakaikan anaknya subang namun terdapat segelintir ibu bapa yang tidak berani membawa anak kecilnya pergi menindik telinga dek kerana takut anaknnya menangis atau pun cedera.

Berbeza pula dengan vdeo yang tular baru-baru ini dimana pasangan ini membawa anak mereka untuk menindik telinga mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @kiasyah6, di laman Tiktok itu, kelihatan pasangan suami isteri itu sedang berada di sebuah kedai emas untuk menemani anak kesayangan mereka menindik telinga.

Disebabkan anak mereka masih kecil, pasangan ini terpaksa memegang kepalanya untuk memastikan dia duduk diam dan tidak meronta-ronta semasa ditindik agar tidak berlaku sebarang kecederaan yang tidak diingini.

Namun apa yang mengundang dekah ramai adalah, apabila si ayah kelihatan takut seperti tertunggu-tunggu untuk sesi tindik telinga anaknya itu selesai dengan cepat.

Video yang tular di aplikasi TikTok:

@kiasyah6♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Ketika arikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 820.4K tontonan, 49.7K tanda suka,1044 komen dan 1304 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat si ayah yang terlebih ‘cuak’ seperti telinganya yang ditindik.

Ada juga netizen yang tidak dapat menahan ketawa dek kerana ‘reaksi’ yang lambat dari anaknya apabila ditindik.

Dalam pada masa yang sama, segelintir netizen turut berkongsi pengalaman mereka saat membawa anak untuk menindik telinga.

“kenapa aku rasa bapak dia yang takut”

“tak pernah pakai subang sebab takut kena tembak tu.. overthingking telinga tercabut..”


“ayah pulak yang takut anak rilex je”

“budak tu macam ‘aku dah kena nangis ke ni?'”

“anak saya belum sempat tembak dah menangis..”

“mak ayah yg siap tutup mata”

“kelakar gila ayah takut”

“lambat effect kau dik”

“dia lambat smpai sakit tuh”

“bapaknya yang over tutup mata”

 

Ada juga yang menyifatkan tindik telinga ni tak adalah sakit mana pun, cuma lebih kepada terkejut ditindik dan tambah pula bunyi alat penindik tu semasa menindik.

Walaupun sakit tu macam lambat sampai.. tapi adik ni tetap steady!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.