Connect with us

Semasa

Ego Tinggi Melangit, Perselisihan Dua Lelaki Hingga Anak Isteri Jatuh Motor

Semua orang pasti mahu cepat sampai ke destinasi yang dituju. Namun begitu, kita juga hendaklah saling bertolak ansur sesama pengguna yang lain.

Selain itu juga, sikap kita ketika berada di jalan raya menggambarkan bagaimana sikap peribadi kita sendiri.

Pelbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku bila semuanya berebut ingin cepat sampai ke destinasi.

Rakaman pergaduhan dua lelaki bermotosikal bersama keluarga

Oleh itu, kesabaran dan toleransi amat penting bila berhadapan dengan situasi tidak menyenangkan di atas jalan raya.

Menerusi satu rakaman video yang dikongsikan oleh Amira SK , video tersebut memaparkan pergaduhan dua orang lelaki menaiki motosikal.

Mereka masing-masing bersama keluarga masing-masing telah berselisih faham di jalan raya pagi tadi.

Mereka nyaris berlanggaran antara satu sama lain

Kejadian tersebut difahamkan berlaku berhampiran Masjid Khalid Al-Walid MINDEF pada pagi tadi.

Menerusi video berkenan kelihatan ketegangan berlaku apabila kedua-dua mereka nyaris berlanggaran antara satu sama lain.

Situasi itu berlaku apabila salah seorang daripada mereka (berbaju biru) ingin segera keluar simpang dan melintas jalan.

Anak dan isteri salah seorang dari mereka turut terjatuh dari motosikal

Tampak tidak berpuas hati, lelaki yang telah melintas jalan itu kemudiannya datang kembali dan berlaku pertikaman lidah antara mereka.

Dia kemudiannya menyerang lelaki berbaju hitam hingga menyebabkan anak dan isterinya terjatuh dari motosikal.

Semoga semua salah faham yang terjadi dapat diselesaikan dengan baik antara kedua-dua pihak.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.