Hutang sememangnya wajib dilunaskan namun tidak semua orang pada masa kini bertanggungjawab untuk membayar semula wang yang dipinjam.
Bahkan ada juga yang sakan shopping dan bercuti namun hutang masih tidak dibayar. Terkadang si pemberi hutang pula perlu mengemis meminta wangnya sendiri.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang perempuan sanggup pura-pura mati demi lari daripada membayar hutang mencuri perhatian ramai.
Dengar seperti tidak masuk akal, tapi itulah yang dilakukan oleh wanita di negara jiran iaitu di Medan, Wilayah Sumatera Utara.
Difahamkan, anaknya memuat naik satu perkongsian di laman Facebook memaklumkan bahawa ibunya sudah pun meninggal dunia.
Lebih mengejutkan adalah, dia yang dikenali sebagai Liza Dewi Pramita itu turut memuat naik foto ‘jenazah’ diri sendiri yang sudah lengkap di balut dengan kain kafan.
Mengikut apa yang dimaklumkan oleh anaknya, Liza telahpun meninggal dunia kerana terlibat dengan sebuah kemalangan di satu jambatan dan jenazahnya akan dikebumikan di Aceh.
Pemiutang berkata sudah banyak kali meminta Liza untuk membayar semula duit yang sudah dipinjamkan dan berjanji akan membayar semula sebelum 20 November lalu, namun gagal dilangsaikan.
Oleh kerana mempunyai hati perut, dia memberi masa kepada Liza untuk membayar hutang pada 6 Disember sebelum mengetahui berita palsu tentang kematian Liza.
Pun begitu, dia mengetahui hal sebenar setelah anak Liza menafikan perkara tersebut dengan berlaku jujur memaklumkan ibunya masih hidup.
“Saya tanya di grup (WhatsApp), teman-teman merekomendasikan (agar memberikannya pinjaman),” kata Maya.
Walau bagaimanapun, Liza malah pura-pura meninggal dunia demi mengelakkan untuk membayar hutang tersebut.
Difahamkan pada 11 Disember 2022, akaun Facebook bernama Najwa Almira Ginting yang merupakan anak kepada Liza membuat satu hantaran mengenai ‘khabar sedih’ itu.
Dikatakan bahawa Liza ditimpa kemalangan yang terjadi di Aceh Tamiang kerana terlanggar sebuah jambatan.
Pada mulanya Maya berasa terkejut dan berasa sedih, akan tetapi tiba-tiba dia mula berasa curiga.
Hal ini disebabkan foto mayat Liza dan hospital yang dimuat naik itu kelihatan sangat mencurigakan.
Liza dilihat memakai kain kafan dengan kapas diletakkan di kedua-dua lubang hidungnya.
Walau bagaimanapun, keadaan jenazah dilihat tidak seperti orang meninggal pada umumnya.
Perkongsian yang tular: