Connect with us

#MalaysiaBaru

Elak Harga Barang Naik Mendadak, RON95 Naik 1 Sen Setiap Minggu Tahun Depan

Harga minyak RON95 akan dinaikkan satu sen setiap minggu sehingga mencapai tahap yang stabil mengikut harga pasaran mulai tahun 2020.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen mengumumkan perkara ini di mana kementerian bersetuju menaikkan bahan api tersebut sebanyak satu sen.

Beliau membuat kenyataan itu ketika sesi jawab lisan di sidang Dewan Rakyat pada hari ini.

Tambah beliau lagi, keputusan untuk mengapungkan harga minyak ini dibuat adalah untuk meringankan kos hidup rakyat.

Ia juga bertujuan mengelakkan harga barangan naik secara mendadak.

Menurut Chong, harga petrol RON95 akan diapungkan secara berperingkat sebaik sahaja Program Subsidi Petrol (PSP) dilaksanakan pada Januari depan dengan tujuan ianya tidak akan membebankan rakyat.

Walaubagaimanapun, program PSP ini tidak akan dilaksanakan di Sarawak, Sabah dan Labuan dan sebaliknya terus menikmati harga subsidi RON95 pada harga RM2.08 seliter berikutan memandangkan kenderaan di sana majoritinya menggunakan diesel dan petrol dalam kapasiti yang besar.

Berita yang baru diumumkan ini nampaknya telah mendapat respon negatif daripada rakyat Malaysia.

Kebanyakan daripada netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan tidak bersetuju dengan pengumuman tersebut.

Malah, ramai di antara mereka meninggalkan komen seakan memerli dan berjenaka dengan situasi baru itu.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.