Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq semalam telah mengumumkan berita baik buat anak muda yang akan melaksanakan latihan industri ataupun ‘internship’ di kementerian, agensi dan juga jabatan kerajaan.
Menurut Syed Saddiq, peningkatan elaun sehingga RM900 akan diberikan di mana sebelum ini elaun yang disediakan adalah sehingga RM300 sahaja.
Ini bermakna setiap pelatih akan menerima sehingga RM5 sejam.
Kalau dilihat sebelum ini rata-rata intern tidak menerima elaun di sektor awam dan jika ada pun hanya dalam amaun yang sedikit.
Usaha yang dilakukan oleh Syed Saddiq ini sedikit sebanyak akan membantu untuk intern membayar sewa rumah/bilik dan juga wang belanja harian.
Syed Saddiq menyampaikan berita itu menerusi satu video di laman sosial Twitter miliknya semalam.
Rata-rata netizen bersetuju dengan khabar gembira ini dan mengharapkan pelaksanaan yang telus dari pihak majikan.