Berang dikaitkan dengan rasuah, bekas Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq telah mengeluarkan kenyataan semalam.
Menerusi laman Facebook miliknya, Syed Saddiq telah menyatakan tiada keperluan untuknya menerima rasuah kerana pendapatan sebagai menteri sangat besar.
Malah, Syed Saddiq turut mendedahkan secara terperinci gaji dan elaun yang diterimanya semasa menjadi seorang menteri.
Berani kerana benar
Lagi sekali ada yang mencuba untuk kaitkan saya dengan rasuah. Saya masuk politik untuk bersihkan politik, bukan untuk kedudukan & kewangan.
Dahulu ada yang mencuba kaitkan saya dengan kes rasuah tetapi sampai sekarang tidak dibuktikan langsung.
Sekarang ada lagi yang mencuba.
Saya nak ingatkan beberapa perkara,
1) Saya sendiri yang MELAPORKAN kes ini ke Pihak Polis. Kalau duit rasuah, buat apa saya nak laporkan.
2) Wang yang hilang melibatkan saya & keluarga. Kami sudah buat laporan polis. Wang untuk tujuan renovasi rumah. Kalau duit rasuah, kenapa kita nak laporkan?
3) Walaupun diberikan AP semasa jadi menteri, saya tiada langsung membeli kereta mewah. Tiada Vellfire, tiada sports car. Saya juga tiada aset yang mahal/baru yang dibeli.
Saya juga tiada rumah baru, kecuali rumah yang dimiliki saya & keluarga di Shah Alam yang mula dibeli sejak sebelum jadi Menteri.
4) Apabila berkhidmat di KBS, saya merupakan salah seorang menteri pertama yang mengisytiharkan aset & juga megamalkan dasar “Open Tender” bagi semua kontrak.
5) Tiada seorang pun kontraktor yang dapat kontrak dari saya. Semua perlu melalui JK tender yang bebas dari campur tangan menteri.
Kenapa saya katakan ini?
Sampai sekarang saya tidak faham mengapa ada keperluan untuk Menteri makan rasuah.
Gaji tinggi, allowance tinggi. Belum masuk one-off payments yang diterima.
Gaji menteri + Ahli Parlimen = RM55,000 sebulan.
(Ini tidak termasuk kalau kerap balik kawasan atau hadiri program yang jauh dari pejabat, kerana ada insentif tambahan).
Allowance one-off pinggan & mangkuk = RM42,000.
Allowance tahunan percutian = RM70,000.
Allowance makanan setiap hari = RM180/person had maksimum untuk claim belanja makan, tidak kira jumlah orang.
Allowance pindah rumah = RM10,000.
Apabila diberhentikan sebagai menteri, dapat lagi one-off payment, ~RM150,000.
Untuk kes ini, saya serahkan sepenuhnya ke pihak SPRM untuk siasat dan saya telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya sejak kes ini mula disiasat hampir 2 bulan.
Berani kerana benar.