Connect with us

Selebriti

Emma Maembong Bakal Nikah Kerabat Diraja 22 Februari Ini?

Sejak minggu lalu, hangat diperkatan mengenai gosip konnnya Emma Maembong bakal mendirikan rumah tangga tahun ini. Tidak mengiyakan mahupun menidakkan, Emma berkata gosip bakal berkahwin itu adalah satu doa buat dirinya. Sumber mengatakan bakal suami pelakon cantik itu bukan calang-calang orangnya dan merupakan seorang kerabat diraja dan bakal berkahwin pada Februari ini, namun tidak dapat […]

Dari minggu lalu lagi sudah hangat diperkatakan mengenai gosip kononnya Emma Maembong bakal mendirikan rumah tangga tahun ini. Tidak mengiyakan mahupun menidakkan, Emma berkata gosip bakal berkahwin itu adalah satu doa buat dirinya.

Sumber mengatakan bakal suami pelakon cantik itu bukan calang-calang orangnya dan merupakan seorang kerabat diraja dan bakal berkahwin pada Februari ini, namun tidak dapat didedahkan tarikh sebenar majlis tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

Terbaru menurut Miss K dari portal Astro Gempak, segala persiapan perkahwinan telah dibuat, termasuklah memberitahu tentang berita gembira itu kepada sahabat-sahabat terdekat. Malah, ruang masjid untuk majlis doa selamat dan tahlil juga sudah ditempah.

Menurut sumber, Emma dikatakan bakal berkahwin pada 22 Februari depan. Sumber turut mendedahkan, bakal suami Emma kacak orangnya, berwajah kacukan Chinese.

Kalau perkhabaran ini benar, pasti ramai peminat Emma tidak sabar untuk melihat pelakon cantik itu naik pelamin dan ingin mengetahui siapakah jejaka yang berjaya mencuri hatinya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.