Connect with us

Viral

Enggan Belikan Kasut Untuk Suami, Isteri Maut Dibenam Kepala Dalam Baldi

Kadang-kala sukar untuk kita fahami bagaimana salah faham yang tercipta boleh mendorong sesuatu melakukan sesuatu tindakan yang berakhir dengan penyesalan.

Ada juga yang dilakukan hanya kerana perkara yang remeh temeh dibangkitkan dan mempunyai alasan yang tidak masuk akal sehingga nyawa tergadai.

Satu kejadian kehilangan nyawa pasangan suami isteri

Mungkin sudah lumrah manusia apabila membiarkan marah mengatasi rasional sehingga amarah tadi menguasai diri dan meragut nyawa orang tersayang.

Seperti satu kejadian kehilangan nyawa yang dilaporkan berlaku di Riau, Indonesia yang melibatkan pasangan suami isteri.

Hanya kerana permintaan untuk membeli kasut diendahkan

Memetik laporan Utusan Malaysia, suspek iaitu si suami, Supriadi, 32 tahun, tergamak menamatkan riwayat hidup isterinya, Nurvita Sari, 26 tahun.

Difahamkan, si suami berbuat demikian hanya kerana permintaannya untuk membeli sepasang kasut tidak dihiraukan.

Suspek bertindak mencekik isterinya

Seperti yang dikatakan tadi, kadang-kadang alasan kepada motif kejadian itu agak sukar diterima, namun ia tetap berlaku hanya kerana salah faham yang tidak sepatutnya berlaku.

Difahamkan, suspek yang dikenali sebagai Supriadi, 32, mencekik isterinya iaitu Nurvita Sari yang berumur 26 tahun itu.

Heret ke dapur sebelum benamkan kepada isteri dalam baldi

Suspek dikatakan mengheret mangsa ke dapur sebelum membenamkan kepala isterinya ke dalam baldi.

Namun begitu, disebabkan rasa bersalah suspek kemudiannya menyerahkan diri ke pejabat polis selepas melakukan perkara itu.

Berbuat demikian kerana terlalu marah terhadap isterinya

Menurut siasatan, suspek menyatakan dia melakukan perkara tersebut kerana terlalu marah terhadap isterinya.

Malah, suspek juga turut mengakui sering bertengkar dengan isterinya di rumah.

Minta isteri beli kasut untuk bekerja selepas diterima kerja sebagai penyelia

Menceritakan bagaimana semuanya berlaku, suspek pada asalnya meminta isterinya membelikan sepasang kasut untuk dipakai selepas diterima bekerja sebagai penyelia sebuah projek.

Jelas suspek, kasut yang ada sebelum ini sudah rosak dan tidak boleh dipakai untuk bekerja.

Isteri tolak permintaan kerana tidak mempunyai duit

Walaubagaimanapun, isterinya menolak permintaan tersebut dengan alasan tidak mempunyai duit.

Disebabkan alasan isterinya itu, suspek menjadi berang lalu menyelongkar bilik dan almari baju untuk mencari duit isterinya.

Jumpa duit isteri dan memaki isteri kerana kedekut

Difahamkan, keadaan menjadi tidak terkawal apabila suspek menemui duit isterinya, lalu memarahi dan memaki isterinya kerana kedekut.

Pertengkaran berlaku dan akhirnya membawa kepada kematian isterinya. Walaupun punca pertengkaran itu hanyalah disebabkan sepasang kasut, namun akibat amarah yang tidak terkawal seorang suami sanggup mengakhiri hayat isterinya.

Kerana amarah hilang isteri

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih dan kecewa dengan tindakan yang diambil suami tersebut sedangkan masalah tersebut boleh diselesaikan dengan cara baik.

Semoga kisah ini menjadi teladan dan pengajaran kepada kita semua supaya mengawal nafsu amarah dan tidak bertindak melulu dalam apa jua situasi yang berlaku.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.