Connect with us

Viral

“Engkau mati satu kali, namun hidup selamanya Amirah” Anak Baru 16 Bulan, Isteri ‘Pergi’ Kerana..

Seluruh dunia sedang bertungkus-lumus menangani Pandemic Covid-19 yang masih menular ke seluruh dunia.

Bukan sahaja Malaysia, malah negara jiran kita Indonesia juga masih belum habis berjuang melawan pandemic ini.

Kehilangan isteri tercinta saat anak baru berusia 16 bulan

Pelbagai kisah sedih dikongsikan di media sosial antaranya kisah seorang suami yang kehilangan isteri tercinta kerana penularan wabak ini.

Menerusi laman Twitter, seorang suami yang dikenali sebagai Muhammad Ihsan berkongsi kisah sedih mengenai pemergian isteri tercinta disebabkan wabak Covid-19.

Apa yang lebih menyedihkan adalah pasangan tersebut mempunyai cahaya mata yang baru berusia 16 bulan.

Hari kedua sejak isteriku dimakamkan

Amirah bukan sekadar isteriku, Amirah adalah guruku

Jelas Ihsan, isterinya iaitu Amirah merupakan seorang guru yang sering mengajarnya untuk menjadi lebih baik sebagai manusia.

Selain itu, wanita itu memintanya untuk ikhlas dengan ketentuan yang bakal berlaku. Sebagai suami, Ihsan tidak menyangka bahawa jodoh mereka bakal berakhir apabila isterinya disahkan positif Covid-19.

 

Ketika disahkan positif Covid-19, Ihsan memberitahu isterinya ingin menonton sebuah filem.

Di akhir filem tersebut, terdapat satu babak mengenai perpisahan dan kedua-dua mereka tersentuh melihat babak itu.

Pada 19 September, Ihsan memaklumkan yang isterinya telah dimasukkan ke ICU dan keadaannya pada waktu itu sangat kritikal.

Ikhlaskan kanda

Aku sangat rindu untuk memelukmu, Amirah

Pada 23 September, doktor telah mengesahkan yang isterinya sudah meninggal dunia. Meskipun berat untuk mendengar berita tersebut, Ihsan dan anaknya Aruna redha akan pemergian Amirah.

Engkau mati satu kali, namun hidup selamanya

Meskipun berat untuk mendengar berita tersebut, Ihsan dan anaknya Aruna redha akan pemergian Amirah.

 

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Ihsan, semoga kalian tabah menghadapi ujian yang berat ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.