Menurut laporan The Times, Facebook mengalahkan BeIn Sports dan Fox Sports Asia dengan bidaan bernilai sekitar £200 juta. Facebook bakal menayangkan 380 perlawanan secara langsung menerusi platform mereka di empat negara tersebut iaitu Kemboja, Laos, Thailand, Dan Vietnam.
Perbincangan dengan YouTube dan Netflix juga dilakukan oleh pihak EPL untuk menawarkan penstriman menerusi dua platform video popular ini.
EPL ataupun Liga Perdana Inggeris sangat popular di rantau Asia. Contohnya di Malaysia, pasukan besar seperti Arsenal, Chelsea dan Liverpool menjadi pilihan para peminat bola sepak.
Walaubagaimanapun, Astro masih memegang hak penyiaran EPL di Malaysia dan untuk tayangan atas talian Astro sudah menawarkan penstriman menerusi aplikasi Asto GO mereka sejak beberapa musim yang lalu.