Pada Isnin lepas, dunia hiburan tanah air telah dikejutkan dengan pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Redzuan.
Semejak ketiadaan Abam, rakan karib allahyarham iaitu Fad dan Achey sering kali mengenang memori bersama arwah di laman sosial media mereka.
Walaubagaimanapun, ada segelintir yang mengkritik tindakan Fad dan Achey yang disifatkan terlalu meratapi pemergian arwah kerana dikatakan akan menyiksa roh arwah.
Kemudian, pendakwah kegemaran ramai PU Azman sempat mengulas lanjut mengenai isu tersebut di laman sosial Instagram beliau.
Salah faham yang perlu kita perbaiki
Menerusi entri tersebut, PU Azman mengulas perbuatan manusia yang masih hidup sebenarnya sudah tidak akan memberi kesan kepada orang yang sudah meninggal dunia.
“Tiada masalah menceritakan kebaikan orang mati sebagai pengajaran dan semangat kepada yang hidup”.
Tiada masalah untuk post foto yang sopan
“Tiada masalah postkan foto kenangan yang sopan, tutup aurat dan syar’iey sebagai melepas rindu”ujarnya lagi.
“Ada budaya di kalangan masyarakat berbunyi : “Jangan post tentang arwah banyak sangat, nanti arwah tak tenang di sana”.
Perbuatan orang hidup tidak memberi kesan
“Kenyataan di atas tidak betul sama sekali. Perbuatan orang hidup tidak bagi kesan langsung kepada orang mati DALAM HAL INI.
“Hal ini tidak bermakna yang mengepost itu tidak redha. Redha atau tak, tu perbuatan hati. Kita orang luar tak boleh nak nilai”.
“Bahkan jika yang hidup melakukan perbuatan yang dilarang iaitu meratap (melampau), juga tidak bagi kesan kepada si mati”.
“Bahkan si pelaku yang masih hidup itu sahaja yang mendapat kesan dosa atau tidak.”dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain”.
Berkongsilah tentang kebaikan oleh soleh di zaman silam
“Ramai di kalangan kita yang selalu postkan tentang kerinduan kita dan kebaikan orang-orang soleh di zaman silam, sekalipun mereka telah meninggalkan kita ratusan tahun”.
Seumpama Imam Syafie dan sewaktu dengannya, cuma pesanan pada kita-kita yang post ni (termasuk Cik Man) agar sentiasa bimbing jiwa supaya tak terkeluar dari batas redha.
Semoga penerangan jelas yang diberikan oleh PU Azman dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada semua.