Siapa yang pernah ditahan atau dimasukkan ke mana-mana hospital pasti sudah ‘biasa’ tentang rupa makanannya yang sentiasa berasaskan seperti sup dan bubur malah kadang-kadang langsung tiada rasa.
Baru-baru ini pelakon dan chef selebriti terkenal Fazley Yaakob atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli bin Yaakob ini memaklumkan telah menghasilkan menu baharu buat pesakit-pesakit di hopsital.
Mungkin ada yang tidak tahu, pada tahun 2021 Fazley Yaakob pernah menjuarai MasterChef Selebriti Malaysia. Oleh kerana itu, di mendapatkan pelajaran dalam jurusan kulinari dan lulus sebagai graduan dari Le Cordon Bleu (Malaysia dan Paris). Kini beliau juga memiliki restoran bernama ‘SukaSucre Bistro’ di Kuala Lumpur yang menyajikan makanan Asian-Fusion bertemakan “From Rembau to Paris”.
Memetik sumber, selebriti ini telah meluahkan rasa gembira apabila hasrat dan impiannya untuk menghasilkan makanan baharu buat para pesakit akhirnya tercapai. Difahamkan, menu yang dihasilkan adalah berkhasiat, lazat, enak serta boleh membuatkan mereka selesa seperti berada di rumah.
Menurut Fazley Yakoob, dia telah menerima tawaran daripada tiga hospital besar Malaysia di bawah naugan IHH Heatlhcare Group iaitu Pantai Hospital, Gleneagles Hospital dan Prince Court Hospital.
Tambah anak kelahiran Negeri Sembilan ini, dia mengambil masa lebih kurang setahun untuk mengeluarkan senarai masakan yang bersesuaian buat pesakit di hospital berkenaan. Bukan itu sahaja, makanan tersebut telah mengikut kesesuaian pesakit dan sesuai untuk golongan umum.
“Semasa saya dalam persiapan membuat menu untuk pesakit di hospital, saya banyak bertanyakan kepada pengikut saya di laman sosial seperti makanan apa yang menjadi pilihan dan jemu untuk dimakan. Daripada tapisan yang dibuat, saya mengambil 10 daripadanya untuk dijadikan menu di hospital..” katanya lagi.
Dalam pada masa yang sama, Fazley turut menjelaskan bahawa menu yang telah dihasilkan itu akan memberikan sesuatu yang baharu dan sinar kepada pesakit.
“Menu baharu itu mungkin juga akan memberi semangat kepada pesakit untuk segera sembuh. Yang paling penting, pesakit tidak akan merasakan makanan yang dimakannya seperti makanan orang sakit…” ujarnya.