Connect with us

Selebriti

Fikir Masa Depan Anak, Shuib Pilih Sepupu Sebagai Ibu Susuan Ayash Affan

Jika dahulu, ada ibu-ibu buntu kerana tidak dapat menyusukan anak mereka dan hanya dapat memberikan susu formula semata namun kini para ibu semakin percaya dengan ‘ibu susuan’.

Namun begitu, pemberian susu kepada anak susuan boleh memberi kesan dalam keluarga kerana mereka ini haram berkahwin dengan adik-beradik susuan.

Itulah yang dibimbangkan oleh pelawak terkenal Shuib Sepahtu dan dia mengambil keputusan memilih ahli keluarga untuk menjadi ibu susuan kepada anaknya Ayyash Affan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sebelum ini, anaknya Ayyash disarankan doktor untuk diberikan susu ibu kerana susu ibu mempunyai banyak kelebihan dan dan manfaat
kepada bayi pramatang.

Shuib yang masih berduka kerana kehilangan isteri tercinta berasa buntu untuk menyesuaikan diri menjaga anak-anak sendirian tambahan pula ingin mendapatkan susu yang berkhasiat untuk anaknya yang baru lahir itu.

Takut Terkahwin Pula

Shuib berkata, keputusan yang dibuatnya itu adalah setelah dia berbincang dengan keluarga iaitu sepupumya yang baru melahirkan anak.

Katanya dia juga harus memikirkan masa depan anak lelakinya itu bimbang jika suatu hari nanti terkahwin dengan adik beradik susuanya pula.

Shuib turut menambah, dia sangat bersyukur kerana ramai yang menawarkan diri menjadi ibu susuan kepada anaknya termasuk rakan-rakan artis.

“Selepas kita berbincang dengan keluarga, alhamdulillah ada di kalangan keluarga saya iaitu sepupu saya yang baru sahaja melahirkan anak dalam enam bulan.”

“Takut juga masa depan nanti kita tak tahu apa nak jadi. Takut terkahwin pula..jadi masalah nanti. Jadi, saya ambil dalam kalangan keluarga.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Bukan sahaja Tilla (Syatilla), ramai lagi rakan artis yang saya pun tak sebut nama dia. Ramai juga orang yang saya tak kenal tapi sudi nak bantu saya. Yelah..susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi.”

“Saya harap Allah balas ganjaran kepada semua orang yang ada sejak hari pertama bersama-sama dengan saya. Terima kasih juga yang doakan kekuatan untuk diri saya.”

Dalam pada itu, Shuib turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang membantunya sejak hari pertama dia kehilangan isterinya dan sentiasa mendoakan ketabahn dirinya.

“Kalau la ada perasaan seperti saya yang merindukan arwah, jangan terlalu berduka. Takut dia Allahyarham Siti Sarah sedih. Bila kita teringat, sedekahkan al-Fatihah.”

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah Raissudin telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos 2021 di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tunku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.