Connect with us

Viral

“First time makan sushi” Gelagat Lelaki ‘Blur’ Tak Tahu Macam Mana Nak Ambil Sushi Buat Ramai Terhibur!

Sushi merupakan makanan tradisional yang paling popular di Jepun, dan kini turut digemari di seluruh dunia. Sudah tentu ramai diantara kita yang merupakan penggemar sushi, sehinggakan sanggup datang setiap minggu semata-mata kerana ‘craving’ sushi.
Iospital phone repair gombak
Namun pun begitu, masih ramai pada hari ini yang masih belum mencuba untuk makan sushi, ada yang kerana tidak gemar makan makanan yang tidak masak sepenuhnya, ada juga yang kerana kekangan masa namun bila diajak oleh kawan-kawan atau keluarga, takkan lah kita tidak jamah kan?

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat seorang pemuda ketika makan di restoren sushi buat kali pertama mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @abeuwais, kelihatan seorang lelaki sedang makan bersama rakan-rakannya yang lain.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah dia tidak tahu cara untuk ambil sushi tersebut di mesin layan diri dan dia kelihatan teragak-agak untuk mengambilnya malah hanya ambil penutup sushi itu sahaja ketika sushi lalu disebelahnya.

Seperti kita tahu, satu pinggan di Sushi King mengandungi 2 (dua) sushi tetapi lain pula dengan beliau. Beliau cuba untuk mengambil satu keping sahaja sushi berkenaan.


“Bila first time makan sushi . nasib kawan habaq” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah lelaki tersebut yang ‘blur’ tak tahu bagaimana nak ambil makanan jepun itu.

Bukan itu sahaja, segelintir daripada netizen juga akui pernah berdepan dengan situasi yang sama ketika pertama kali datang ke restoren sushi.

Antara komen warga maya:

“Dia punya blur tak berlakon”

“Hahahaha sepotong sepotong dia nak amik”


“hahaha kau dah kenapa uwais angkat penutup tu je.. nasib baik sempat ambil sushi tu”

“Kalau kau tak marah dia bang, mesti dia amik 1 pastu tutup balik”


Video yang di laman TikTok:

@abeuwais Bila first time makan sushi . nasib kawan habaq . #foryou #fyp #fypage #ejassikit #uwaispargoy #masukberandafyp ♬ original sound – 🧾 – rizzjack

Continue Reading
Advertisement