Connect with us

Selebriti

“Betina ni tuduh mak aku sihir dia..” Dituduh Kaki Sondol & Gold Digger, Fiza Halim Buat Laporan Polis Terhadap Bekas Adik Ipar

Gosip mengenai seorang pelakon kecoh di media sosial ketika ini apabila bekas adik iparnya telah berkongsi kisah rumahtangga pelakon berkenaan.

Bekas adik ipar pelakon itu membuka rahsia yang mendakwa wanita tersebut sebagai pemusnah rumah tangga orang.

Ceraikan bekas kakak iparnya demi berkahwin pelakon itu.

Menerusi beberapa posting di Twitter, individu itu pada awalnya menceritakan bagaimana abangnya menceraikan bekas kakak iparnya demi berkahwin dengan pelakon berkenaan.

Walau bagaimanapun, selepas lima bulan berkahwin pada 2017, abangnya itu dikatakan mula mengetahui perangai sebenar pelakon terbabit.

Kaki Sondol. Sebab dia abang aku dengan wife dia cerai, anak umur 2 tahun 

Abang i berubah tak balik dan tak ingat keluarga langsung

“Abang i tiba-tiba berubah 100% tak balik langsung, tak ingat keluarga langsung. Korang boleh judge sendiri tau,” katanya.

Abang berubah 100%

“Persoalannya, macam mana boleh jadi camtu? Abang i tetiba berubah 100%, tak balik langsung, tak ingat keluarga langsung.”

“Wallahualam. Korang boleh judge sendiri kot. Dia jawab la nanti kat Padang Mahsyar.”

Dia nak ikat suami pakai anak

“Okay masa pun berjalan, and surprise! 9months later, hahaha terus beranak ya kakak iparku.”

“Nampak tak permainan dia, dia nak ikat suami pakai anak, sebab apa? Teruskan baca.”

Betina ni fitnah mak aku sihir dia

Menerusi posting itu lagi, individu tersebut juga mendakwa ibunya telah difitnah menyihir pelakon berkenaan.

“Betina ni fitnah mak aku sihir dia. Orang buat baik, dia fitnah. Tak habis-habis nak pisahkan mak aku dengan abang aku.”


Tak habis-habis nak pisahkan mak dengan abang aku

“Betina ni fitnah mak aku sihir dia. Orang buat baik, dia fitnah. Tak habis-habis nak pisahkan mak aku dengan abang aku.”

“Dah banyak kali kena aniaya, kena baling taik. Mak aku still baik, tolong lagi.”

Posting berkenaan dihujani pelbagai persoalan

Posting berkenaan kemudian dihujani dengan 1,001 satu persoalan adakah benar pelakon tersebut berkelakuan seperti itu.

Meskipun ramai yang terkejut dengan pendedahan itu, namun tidak kurang juga yang menyebelahi pelakon berkenaan.

Rata-rata netizen memberikan pendapat masing-masing berhubung isu berkenaan dan mahukan kebenaran apa yang terjadi sebenarnya.

Akhirnya Fiza Halim tampil buka mulut

Setelah sekian lama mendiam diri, Fiza Halim akhirnya tampil membuka mulut mengenai dakwaan yang dilemparkan kepadanya itu menerusi satu perkongsian di Instagram.

Bekas anggota kumpulan Elite ini telah memuat naik satu posting memaklumkan bahawa dia sudah membuat laporan polis dan siasatan masih lagi dijalankan.

Jelas Fiza lagi, selama ini dia hanya mendiamkan diri adalah atas nasihat pihak polis.

Laporan polis sudah dibuat

Polis arahkan saya tidak membalas dan menjawab apa-apa pertanyaan

“Apa yang boleh saya bagitahu kat sini, selama 4 hari ni saya berdiam diri tak nak ulas apa-apa.”

“Pihak polis mengarahkan saya supaya tidak membalas atau menjawab apa-apa pertanyaan.”

Semua masih lagi dalam siasatan

“Ini kerana segala DM, comment yang saya dapat selama 4 hari ni telah dipantau oleh pihak SKMM dan jugak pihak polis.”

“Semua masih lagi dalam siasatan. Account saya ni dah pun dirujuk ke bahagian pihak yang berwajib.”

Segala aib, hinaan, cacian dan makian akan sampai ke pihak SKMM

Fiza sempat memberi amarakan kepada semua individu yang pernah memberi komen cacian dan hinaan kepadanya supaya bersiap sedia untuk disiasat oleh pihak polis.

“Untuk pengetahuan semua, segala DM dan komen berbentuk aib, hinaan, cacian & makian selama 4 hari yang saya dapat ni dah pun sampai ke pihak SKMM.”

Jadi bersiap sedia untuk di soal siasat

“Jadi bersiap sedialah ya semua yang pernah hantar DM dan komen ke saya akan di soal siasat. Tak mau cakap banyak, kita tunggu dan lihat saja.”

Jadi bersiap sedia lah ya semua yang pernah hantar DM dan komen ke saya akan di soal siasat. Tak mahu cakap banyak, kita tunggu dan lihat.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.