Juruhebah radio adalah salah satu bidang kerjaya yang sangat menarik dan mencabar, yang mana ia mampu menguji ketahanan fizikal, mental, sosial dan emosi mereka sendiri untuk menarik perhatian pendengar untuk terus mendengar.
Bagi mereka profesional lazimnya tidak kekal dalam satu stesen sepanjang hayat kerjayanya. Mereka akan bertukar dari satu stesen ke stesen lain.
Sebelum ini tular dengan kisah penyampai radio Fizi Ali dan Johan Raja Lawak yang meninggalkan stesen radio mereka dan berhijrah ke stesen radio yang lain. Fizi Ali dan Johan juga telah menjadi sebahagian daripada barisan DJ Hot FM bermula 2 Ogos semalam.
Namun, Fizi Ali didakwa meninggalkan Suria Fm pada saat-saat akhir yang menyebabkan Suria Fm terpaksa menanggung kerugian lebih RM50,000 kerana petukaran tersebut.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini Shahrol Shiro tampil di laman Instagramnnya untuk berkongsi pendapatnya tentang isu yang berlaku kepada penyampai radio apabila berlaku pemindahan seperti yang berlaku kepada sahabat lamanya Fizi. Mereka juga pernah bertugas di tempat yang sama.
Difahamkan, Shahrol telah mendedahkan tentang isu berkenaan menerusi pautan yang dimuat naik olehnya.
Dia juga mengatakan yang pihak pengurusan stesen perlu lebih professional dan menghargai penyampai radio dan bukan mengeluarkan kenyataan yang negatif.
“Dulu saya, sekarang sahabat lama saya Fizi ali pula”
“Selepas isu yg terjadi antara kita suatu masa dahulu, saya ingat stesen radio kamu akan lebih profesional dan menghargai penyampai yg pernah bertugas menabur bakti disana, rupanya masih sama”
“Datang dan pergi penyampai di sesebuah stesen radio itu lumrah, sama seperti team bola sepak tetapi sy melihat apabila penyampai di stesen lain mengambil keputusan keluar atau dikeluarkan, pihak pengurusan stesen radio tidak pula mengeluarkan kenyataan negatif penyampai tersebut.” ujarnya di kapsyen.
Shahrol juga sempat meluahkan pengalaman yang melibatkan dirinya suatu ketika dulu apabila didakwa menamatkan kontrak di stesen radio yang sama kerana mempunyai masalah disiplin.
“Johan meninggalkan era fm tetapi stesen radio tersebut tidak mengeluarkan kenyataan yg berbaur negatif dan kita semua diluar ini tidak tahu pun punca beliau keluar.Ini contoh sikap profesional yg patut dicontohi”
“Kenyataan memburukkan bekas penyampai kamu nampak ringan tetapi impaknya besar.Sehingga ke hari ini pun masih ada komen yg mengatakan masalah disiplin sy pada hal sy sudah menerangkan kejadian sebenar”
“Pada Suria fm, be profesional dan belajar menghargai mereka yg pernah berjasa di syarikat kamu.Pada sahabat sy Fizi ali bersabarlah dengan dugaan dan telah membuat keputusan yg tepat pergi ke stesen hot fm yg menduduki ranking lebih atas dari stesen radio lama kamu”. tulisnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengecam pendapatnya dan ada yang memberi komen ayat Shahrol seperti ‘masuk bakul angkat sendiri’.
Pautan yang tular: