Sebelum ini Datuk Fizz Fairuz mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang telah melemparkan fitnah dan mengaitkan dirinya dengan isu seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditangkap khalwat bersama pasangannya di Pulau Perhentian.
Menurut Fizz, tuduhan tersebut telah memberi impak yang buruk terhadap reputasi dirinya dan memberi tempoh selama seminggu kepada pihak berkenaan untuk tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan fitnah.
Katanya lagi, jika pihak tersebut masih berdegil dan gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil dan akan disaman.
“Memandangkan saya masih ada pertimbangan, maka pihak berkenaan diberi ruang untuk membuat pertemuan dengan saya dan memohon maaf secara terbuka.
“Saya sedia bertemu sekiranya mereka mahu memohon maaf, namun jika sebaliknya biarlah undang-undang yang tentukan,” katanya sebagaimana dilaporkan.
Susulan daripada itu, Instagram Makcik Puaka telah dinyahaktif selama beberapa hari sebelum muncul semula pada hari ini.
Di dalam satu perkongsian InstaStory, pemilik Instagram Puaka itu telah mengeluarkan kenyataan rasmi permohonan maaf kepada Fizz Fairuz.
Di antara isi kandungan permohonan maaf itu adalah seperti berikut.
“Assalamualaikum, kami bagi pihak pengendali akaun instagram @makcik_puaka ingin membuat permohonan maaf terbuka kepada pihak Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia di atas penyebaran posting instastory Makcikpuaka yang membeeri gambaran bahawa berita ‘Datuk Seri dicekup berkhalwat’ seperti tersiar di harian Metro 6 April 2019 adalah Datuk Fizz Fairuz.”
Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua belah pihak.