Penyanyi Kaka Azraff memilih untuk berpantang di sebuah pusat penjagaan mewah bertaraf lima bintang yang terletak di Kuala Lumpur.
Kaka yang akan berpantang selama 28 hari di pusat penjagaan tersebut berkata dia memilih tempat berkenaan kerana mahu memastikan keadaan diri dan anak mendapat penjagaan yang baik.
“Lagipun di sini saya dan anak dijaga dengan rapi selain terdapat aktiviti sihat untuk ibu yang baru melahirkan zuriat.
“Selalunya kita dengar wanita baru melahirkan anak akan berpantang di rumah, kemudian ada penjaga khusus yang datang untuk memantau. Tapi ketika mendengar mengenai pusat penjagaan ini saya teringin untuk rasai sendiri pengalaman ini.
“Alhamdulillah saya seronok dan semuanya berada dalam keadaan yang baik. Malah suami juga boleh tinggal bersama,” katanya.
Berkongsikan pengalamannya bergelar ibu, Kaka berkata anaknya yang diberi nama Aslan sangat mudah dijaga dan tidak banyak ragam. Malah, anaknya juga tidak kuat menangis.
“Berpantang sudah bermula. And i choose @lycmotherchild utk berpantang with @tanameraofficial @tanamera_wellness_centre . Confinement centre. They will take care of me and my baby. Tanamera akan jaga all my pantang. Dari urut, spa, sauna , basuh rambut mcm2 lah. Dekat sini ada doctor , ada midwife, ada nurses , ada classes mcm yoga, class baby first aid and mcm2 lagi. Bukan dimanjakan semata-mata but diaorg akan ajar everything. So bila balik nanti takde lah blur nak handle baby. Im gonna stay here for 28days. So kalau nak tengok my daily routine, tengok instastory ok? I will update everything there setiap hari ”
Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember tahun lalu.
Sebelum ini, Kaka Azraff dan suami Adam Azriff baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka pada 11 Oktober lalu.
Menerusi Instagram, suami Kaka Azraff berkongsikan wajah anak mereka serta mengumumkan nama anak sulungnya itu iaitu Aslan Bin Adam. Dalam perkongsian tersebut, Adam turut mendoakan anaknya membesar dengan hebat dan taat pada perintah Allah.