Connect with us

Viral

[FOTO] Ainul Dah Pandai Sembang Dengan Nenek, Gelagat Comel Adik Ainul Mencuti Hati

Rakyat Malaysia pastinya sentiasa mengikuti perkembangan adik Ainul Mardhiah yang sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulut.

Kini adik Ainul Mardhiah, yang kini dilihat semakin membesar dan sihat seperti kanak-kanak lain.

Terbaru, si cilik kesayangan ramai itu semakin sihat dan dia juga dilihat sudah mula pandai bersembang dan bermain bersama ahli keluarganya

Telatah comel adik Ainul bersama neneknya

Telatah comelnya itu dapat dapat dilihat menerusi video dan gambar yang dimuatnaik oleh ayahnya Ahmad Safiuddin di laman Facebook.

Menurut bapanya, ini merupakan rutin harian adik Ainul adalah bermain dan meluangkan masa bersama nenek di luar untuk mengambil udara segar.

Dapat dilihat keletah Ainul yang comel dan semakin membuatkan ramai meluahkan rasa syukur.

Gelagat Ainul bersama nenek di awal pagi

Ujar bapanya, Ainul akan tidur selama 12 jam setiap hari dan dia juga akan bermain tanpa tidur di siang hari.

“Rutin ainul setiap hari akan tidur pukul 7 malam sehingga 7 pagi. Ainul akan tidur 12 jam dan celik juga selama 12 jam” kongsi bapanya.

“Jarang waktu tidurnya dia akan terjaga kecuali buang air besar atau lain-lain”.

Foto yang sempat dirakam hari ini

Sementara itu menurut bapanya lagi, anaknya itu kini mempunyai pelbagai ragam dan gemar mengacau orang.

“Siang memang ainul tak akan tidur langsung. Ya, kalau bangun 7 pagi, dari 7 pagi sampai 7 malam”

“Dia main, dia kacau orang, dia sakat orang suruh dokong dia, kalau tidak dia nangis”tulis Ahmad Safiuddin.

Netizen turut gembira dan bersyukur

Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan gembira dengan perkembangan yang baik ditunjukkan oleh adik Ainul.

Terdahulu, kisah Ainul mendapat perhatian ramai di media sosial sehingga mendapat perhatian Dr. Amalina Bakri yang berusaha membawanya ke UK untuk mendapatkan rawatan.

Akhirnya usaha Dr. Amalina berjaya dan membolehkan adik Ainul Mardhiah mendapat rawatan di luar negara dengan menggunakan kepakaran doktor di sana.

Semoga adik Ainul sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan membersar seperti kanak-kanak yang lain.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.