Connect with us

Semasa

[FOTO] “Allah Maha Mengetahui” Lelaki Ini Nekad Pulangkan Kembali Wang BPN

Kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan, kerajaan telah memberikan bantuan dalan bentuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebanyak RM9.24 bilion dalam usaha membantu golongan terjejas akibat COVID-19.

Di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan, boleh dikatakan semua golongan mendapat perhatian kerajaan dalam memastikan tiada yang tercicir untuk mendapatkan bantuan.

Namun begitu, bagi seorang lelaki ini, Rinizan Razali telah nekad untuk mengembalikan semula duit Bantuan Prihati Nasional sebanyak RM1000 yang diterimanya.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook miliknya, Rinizan berkata wang tersebut seharusnya sampai kepada golongan yang lebih memerlukan daripadanya.

“Sistem online ni, hebat mana pun akan ada mistake. So bagi bantuan BPN ni, disebabkan saya tengah buat pembetulan penyata tahun 2018, maka sistem anggap saya golongan layak.

“Jadi free lah dapat BPN… maka dalam konteks ni kena realistik:-

1) Kalau diamkan siapalah yang tahu kan? Tapi…Allah Maha Mengetahui

2) Adakah kita gembira pada saat ada orang mungkin penerima sebetulnya sedang berkelaparan?

Kalau ya, kan menzalimi hak org tu! Jadi kalau saudara/saudari masih mampu bertahan dan tak layak, pulangkanlah bantuan tersebut untuk LHDN agihkan semula kepada yang berhak.

Cara-caranya:-

a) Buat draf bank atas nama akauntan negara

b) Tulis sikit penjelasan kenapa tolak bantuan (rujuk lampiran no 26)

c) Pos balik ke MOF

P/S: Sekecil zarah tetap akan dinilai Allah. Sekian terima kasih.

“Bye-bye BPN…haha, walaupun saya pun takla banyak mana pun duit tapi bila BPN tersalah masuk, maka pulangkan ke tempat asalnya.

“Rata-rata B40 ada yang masih tak dapat. Maka bagi yang tersalah terima, pulangkanlah ia…. Kesian kat makcik bedah, pak leh lemang, kiai dolah, kak joyah dan sebagainya di kampung-kampung.

Kaedah nak pulangkan:

1) Bank deraf atas nama Akauntan Negara Malaysia

2) Surat iringan alasan pengembalian

3) Pos ke Pejabat Belanjawan Negara

P/S: Jangan marah LHDN, ralat sistem normal la. Benda kalut kadang-kadang ada mistake. So, bantu mereka sama. #sayangiMalaysia

Rata-rata netizen memuji tindakan lelaki ini yang jujur dan amanah walaupun wang tersebut sudah dimasukkan ke dalam akaun miliknya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.