Connect with us

Semasa

[FOTO] Anak Terengganu Hasilkan Mural Wajah Wira Negara Tanda Terima Kasih

Tular di media sosial tentang hasil seni mural wajah para wira negara yang telah bekerja keras untuk mengendali krisis pandemik Covid-19, dihasilkan oleh seorang anak Terengganu, Suhaimi.

Mural yang dihasilkan itu telah menarik perhatian ramai pihak terutama netizen apabila jurugambar terkenal, Dallah Deen, turut menzahirkan rasa bangga dengan hasil seni tersebut.

Anak Terengganu hasilkan mural tanda terima kasih

Sejak pendemik Covid-19 melanda Malaysia, beberapa individu penting telah diangkat sebagai wira negara yang berada di barisan paling hadapan petugas kesihatan dan keselamatan sehingga mampu mengendali krisis tersebut dengan baik.

Antaranya sudah tentulah KDYMM, Seri Paduka Baginda YDP Agong dan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Manakala Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tidak ketinggalan menjadi kesayangan rakyat Malaysia.

Seorang pelukis mural yang merupakan anak kelahiran Terengganu, Suhaimi Ali telah mengabdikan beberapa wajah kebanggaan negara menerusi lukisan mural yang dihasilkannya sebagai menghargai jasa dan keprihatinan wira negara dalam menghadapi pendemik ini.

Dalam kapsyen yang ditulis oleh Suhaimi Ali di laman Facebook beliau, dia turut mengungkapkan rasa terima kasih tidak terhingga kepada barisan hadapan dan wira negara yang bertungkus-lumus mengawal Covid-19 dari awal sehingga menunjukkan penurunan yang ketara setakat ini.

Mural dengan wajah KDYMM, Seri Paduka Baginda YDP Agong dan Datuk Dr Noor Hisham telah dilukis oleh Suhaimi Ali dengan strok tona yang berbeza-beza namun kelihatan sangat kemas sehingga menjadi tular di media sosial.


Antara lakaran wajah lain yang turut kelihatan di sebelah potret mural Dr Noor Hisham adalah wajah Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri yang kini terkenal dengan jolokan Pak Long Mail oleh netizen.

Menerusi laman Facebook Suhaimi, dia juga sempat menunjukkan proses lukisan mural tersebut dibuat dan hasilnya begitu menakjubkan.

Lukisan mural tersebut dihasilkan di Taman Cahaya Alam seksyen U12, Shah Alam di belakang Restoran Isa Maju.

Lokasi tersebut pastinya bakal menjadi tumpuan orang ramai yang ingin bergambar bersama karya yang memaparkan sebahagian daripada lipatan sejarah negara.

Tahniah dan terima kasih atas karya yang hebat ini.

Jika anda mahu melihat sendiri lukisan mural tersebut, ianya berada di Taman Cahaya Alam seksyen U12, Shah Alam di belakang Restoran Isa Maju.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.