Tanggal 4 Mei merupakan satu tarikh penting bagi semua anggota bomba dan penyelamat yang menyambut Hari Bomba Sedunia pada tarikh tersebut.
Pengorbanan dan bakti mereka dalam menyelamatkan mangsa-mangsa dan harta benda sangatlah dikenang walaupun zaman terus beredar.
Seperti yang kita ketahui, terdapat juga beberapa anggota bomba yang terkorban semasa menjalankan tugas.
Seluruh negara berduka dengan pemergian Muhammad Adib
Antaranya adalah anggota bomba PB Muhammad Adib bin Mohd. Kassim. Berita kematian arwah Adib merupakan berita duka bagi seluruh rakyat Malaysia ketika itu.
Selain itu, Allahyarham juga telah diangkat sebagai perwira negara atas dedikasinya terhadap tugas yang telah diamanahkan.
Satu perkongsian oleh seorang anggota bomba yang menggunakan nama Silatang Bugis di Facebook mengenai Allahyarham Adib.
“Sebentar tadi saya dan rakan setugas pb Mohd Hafiz berkunjung ke bbp subang jaya urusan menghantar barangan kebajikan anggota”.
Ini balai yang penuh nostalgia
Apa yang menarik adalah balai bomba yang pernah menjadi tempat Allahyarham Muhammad Adib bertugas masih lagi menyimpan beberapa barangan miliknya di balai mereka.
“Ini balai yang penuh nostalgia. Balai dimana Allahyarham pbk 2 Muhammad Adib Bin Mohd Kassim bertugas yang mana kes beliau mengemparkan negara 2 tahun lalu”.
Barangan kelengkapan Adib diabadikan
Menurut posting berkenaan, mereka mengabadikan barang kelengkapan Allahyarham Muhammad Adib untuk dijadikan kenangan.
“Barangan kelengkapan ppe, baju malah selipar Allahyarham juga diabadikan di memorial beliau”.
Al-Fatihah untuk Allahyarham Muhammad Adib
“Sempena hari bomba sedunia yang disambut hari ini 4 Mei saya mohon pada semua rakan-rakan hadiahkanlah bacaan Al Fatihah kepada beliau”.
“Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama sama mereka yang beriman dan beramal soleh, Amin”.
Semoga perjuangan dan bakti Allahyarham Muhammad Adib terus diingati dan diharap keluarga Allahyarham tabah akan dugaan kehilangannya.