Mendirikan rumah tangga pada usia yang muda bukanlah suatu perkara yang pelik ketika ini.
Ramai diantara kita memilih untuk menamatkan zaman bujang ketika usia belasan tahun.
Tiada apa yang salah berkahwin di usia yang muda, namun apa yang penting adalah mereka bersedia memikul tanggungjawab dalam rumah tangga.
Ibu muda ini berumur 29 tahun miliki 7 orang anak
Walaupun ketika ini ramai yang memilih kerjaya berbanding rumah tangga, namun semuanya terpulang kepada individu itu sendiri.
Seperti satu perkongsian di laman Facebook oleh Anna Mukhtar yang merupakan seorang ibu muda berusia 29 tahun telah memiliki 7 orang anak bersama suami tercinta.
Alhamdulillah, rezeki kahwin muda
“Ada ke dalam grup ni sama macam anna, meh share sikit. Anna umur 29 anak 7 orang”.
“Alhamdulillah rezeki kawin muda, tak pernah rasa mnyesal kawin muda, kadang ada orang tanya tak rugi ke muda2-muda anak dah ramai tak dan enjoy la apa, hihi”.
Bahagia sangat anak ramai kalau boleh nak cukupkan 10 orang
“Bagi ana kehidupan sekarang lebih bahagia dari sebelum berkahwin dulu. Hapy bahagia sangat dengan anak-anak ramai macam ni”.
“Kalau boleh nak cukupkan 10 orang, tapi insyAllah kalau ada rezeki doa-doakkan amin”.
Setiap anak ada rezeki dia
“Setiap anak ada rezeki dia, insyallahh aturan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Percaya yakin dengan ketentuan”.
“Pedulikan apa orang kata, biasala anak kecik-kecik memang penat sikitkan. Tapi insyallah senang dihari tua”.
Kena kuat dan jangan pernah mengalah
“Yang penting mental fizikal kena kuat dan jangan pernah mengalah, insyallah Allah permudahkan urusan kita”
“Anak pertama 12 tahun, ke2 11 tahun, ke3 9 tahun, ke4 7 tahun, ke5 4tahun, ke6 3 tahun dan ke7 14hari”.
Perkongsian wanita ini turut mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen turut memuji wanita ini masih menjaga penampilan walaupun telah mempunyai 7 orang anak.