Connect with us

Viral

[FOTO] Beli Kerusi Untuk Baby, Bapa Ini Bingung Kucing Kesayangan Suka Hati Ambil Alih & Tak Mahu Pulangkan

Satu kisah telah tular apabila seorang netizen dari Jepun memuat naik satu kisah mencuit hati bagaimana dia baharu sahaja membeli kerusi duduk untuk bayinya di rumah.

Menerusi perkongsian kisah ini dari ruangan Facebook Era Baru, kisah Funi dan tuannya ini telah mencuri tumpuan ramai.

Apa yang mencuit hati mengenai kisah ini adalah reaksi serta kelakuan nakal Funi, kucing kesayangan keluarganya selepas melihat kerusi itu.

Funi kecewa kerana kerusi berkenaan bukan dibeli untuknya

Apabila Funi mendapati bahawa kerusi duduk itu bukan menjadi miliknya tetapi milik tuan kecil, Funi berubah rasa menjadi sangat kecewa.

Tidak sampai satu jam setelah kotak kerusi duduk bayi itu dibuka, Funi yang sebelum ini hanya memerhati dan merenung tajam kerusi itu.

Dalam diam Funi ambil takhta tuannya

Dalam diam Funi menunggu peluang terbuka dan mengambil kesempatan ketika tuan kecilnya berganjak untuk dia mengambil alih takhta.

Akhirnya, impian Funi menjadi kenyataan apabila kerusi berwarna kuning itu kini menjadi hak mutlak King Funi.

Kerusi itu menjadi tempat beradu Funi

Spontan Funi tiba-tiba berubah sikap menjadi gah dan bangga setelah menduduki kerusi duduk bayi, seolah-olah bersumpah untuk mengekalkan hak dan kedaulatan miliknya.

Semenjak dari itu, Funi bertekad bahawa kerusi kuning ini akan menjadi tempatnya ‘bersemayam’ dan ‘beradu’ sepanjang hari.

Funi sangat tertarik dan selesa berada di kerusi kecil tuannya itu

Secara kebetulan pula, reka bentuk dan saiz kerusi duduk bayi ini sesuai benar dengan citarasa Funi.

Funi sangat tertarik hati untuk terus melekat erat berada di atas kerusi tuan kecilnya ini.


Funi enggan berganjak dari kerusinya

Funi akan menyelitkan kepalanya pada ruang sempit dengan kedudukan seperti ini setiap kali, untuk memberi isyarat bahawa dia enggan berganjak dan akan mempertahankan hak mutlaknya.

Tuan kamu tersenyum dan terhibur melihat gelagat kamu

Namun begitu tidak mengapa, ambil sahajalah kerusi itu Funi. Tuan kamu pun tidak marah, sebaliknya terus tersenyum dan terhibur melihat keletah kamu yang takut kerusi itu dirampas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat dan keletah Funi yang bijak itu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.