Connect with us

Selebriti

[FOTO] Bella Astillah Hamil & Kembali Bersama Aliff Aziz? Ini Jawapan Bella

Sebelum ini desas desus pelakon Bella Astillah seakan-akan memberi bayangan hubungan dia dan penyanyi Aliff Aziz sudah kembali rujuk sebagai suami isteri.

Terdahulu, kemelut rumahtangga Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah dan Aliff Aziz telah berakhir apabila pasangan ini telah sah berpisah.

Terbaru, menerusi satu temu bual bersama radio Suria FM, penyampai Suria Petang iaitu Tyzo dan Sharifah Shahirah sempat bertanyakan kepada Bella mengenai perkara itu.

Khabar angin mengenai status hubungan Bella dan Aliff dikatakan masih lagi menjadi teka teki apabila tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat daripada kedua pihak.

Bella hanya mendiamkan diri bila disoal status terbaru

Namun, Bella hanya mendiamkan diri dan pasangan penyampai segmen itu meluahkan rasa syukur kononnya pasangan itu sudah rujuk kembali.

Bagaimanapun menurut Bella, dia hanya ingin menghormati kedua-dua belah keluarga memandangkan situasi krisis penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda.

Hormat permintaan keluarga

Selain itu, Bella turut berkata mereka sudah lama berbaik dan kini kedua pihak hanya ingin fokus perkara penting.

“Dah lama berbaik. Saya hormati kedua-dua permintaan keluarga. Dalam masa tidak sesuai dengan keadaan sekarang, banyak benda penting nak uruskan dan fokus,” ujarnya.

Sesi temu bual Sharifah Shahirah dan Tyzo bersama penyanyi lagu Tenang itu disiarkan pada pukul 4.42 petang, Rabu dalam satu panggilan telefon.

Bella Tidak terlalu terbuka mengenai perkara peribadi

Disamping itu, Bella memilih untuk tidak lagi berkongsi mengenai hal melibatkan kehidupan peribadinya kepada umum, lapor mStar.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Bella turut menjadikan kesilapan lalu untuk memperbaiki dirinya daripada dikecam.

“Ujar Bella, dia tidak berniat untuk menipu namun hanya belajar daripada kesilapan lalu yang terlalu terbuka berkongsi semua perkara peribadi di laman sosial sehingga menyebabkan dirinya dikecam”.

Bella dikatakan berbadan dua?

Pada masa yang sama, Sharifah Shahirah dan Tyzo turut mengajukan soalan kepada Bella mengenai spekulasi yang mengatakan dirinya kini sedang berbadan dua.

 

View this post on Instagram

 

Appreciate those who don’t give up on you . . Lipstick code : RED VELVET @jezzamour 💄 . @sugarscarf @makeupbynadianordin

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on

“Berapa bulan dah Bella? Ada yang kata begitu sebab nampak seri mengandung dah ada. Kalau betul, seronoklah kami. Dah check, scan jantina ke?” seloroh Tyzo.

Alhamdulillah, Doakan Bella

Walaubagaimanapun, Bella dengan tenang menjawab persoalan tersebut dan turut meluahkan rasa syukur dan mengharapkan semua orang mendoakannya.

“Alhamdulillah. Doakan Bella,” katanya ringkas.

 

View this post on Instagram

 

@aydenadrean17 You’re gold baby. Solid gold ✨ Happy Sunday everyone 😃 . . 📸 @dakteropong

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on

Sebelum ini, pasangan Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.