Connect with us

Selebriti

[FOTO] Bergambar Mesra Rangkul Tangan, Aliff Aziz dan Bella Astillah Sudah Berbaik?

Sebelum ini industri hiburan kecoh dengan isu kemelut rumah tangga antara penyanyi dan pelakon popular, Aliff Aziz yang telah bercerai dengan bekas isterinya, Bella Astillah dengan talak satu. Meskipun sudah berpisah, hubungan mereka berdua dipercayai masih baik sehingga telah menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai status hubungan pasangan ini. Namun apa yang lebih […]

Tahun lepas, industri hiburan kecoh dengan isu kemelut rumah tangga di antara penyanyi dan pelakon popular, Aliff Aziz yang telah berpisah dengan bekas isterinya iaitu Bella Astillah.

Perkara ini menjadi tumpuan para netizen kerana kelakuan Aliff Aziz yang tidak dapat diterima oleh semua peminat.

Namun walaupun sudah berpisah, hubungan mereka berdua dipercayai masih baik sehingga telah menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai status hubungan mereka.

Terbaru, apa yang lebih mengejutkan apabila Aliff dan Bella masing-masing telah memuatnaik satu foto yang agak mesra di antara mereka di Insta Stories.

Di dalam posting Insta Stories yang dimuatnaik Aliff Aziz di laman Instagram rasmi miliknya menunjukkan dia sedang berselfie bersama bekas isterinya, Bella Astillah.

Foto tersebut di dalam sebuah kereta di mana Bella berada di tempat duduk belakang.

Malah, Bella juga turut memuatnaik satu foto mesra sedang merangkul tangan seorang lelaki berbaju putih dipercayai Aliff Aziz yang duduk di kerusi pemandu.

Gambar mesra tersebut sekaligus telah menimbulkan persoalan mengenai status hubungan sebenar pasangan ini.

‘Jangan ulang kesilapan yang sama’

Sebelum itu, menerusi Insta Stories juga, Belaa ada berkongsi semula posting yang dimuatnaik oleh ibu kepada Aliff Aziz iaitu Fiza Aziz.

Posting itu adalah mengenai kata-kata mutiara dari akaun Twitter, Mufti Menk.

Menerusi posting tersebut tertulis mengenai kisah silam seseorang memberi cerminan terhadap kehidupan kita pada masa akan datang.

Your past is a mirror to your present. Learn from it and aim to not make the same mistakes again. A new chapter awaits you each day when you wake. Aim to be a better person today than you were yesterday. Don’t overlook even small acts of goodness. They do make a difference!

Namun sehingga kini masih tiada penjelasan dari Bella dan Aliff mengenai status perhubungan mereka berdua.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.