Connect with us

Resepi

[FOTO] Cili Kisar Tahan Lama Hingga Berbulan & Tak Berkulat, Ini Caranya

Menguruskan rumahtangga tidaklah semudah yang disangka. Rutin seorang surirumah dan surirumah untuk wanita yang bekerja selalunya terlalu padat.

Ramai Surirumah memilih mahu menyediakan sendiri makanan untuk suami tercinta dan anak-anak walaupun telah penat seharian melakukan kerja rumah.

Namun, jelas diraut wajah mereka satu kepuasan apabila mereka masih mampu menyediakan makanan untuk dijamu anak dan suami.

Kini dengan teknologi dihujung jari ramai surirumah berkongsi pelbagai jenis tips yang mampu memudahkan kerja-kerja dirumah.

Salah satu tips yang sering dikongsi adalah cara-cara menyediakan cili kisar yang tahan lama lebih berbulan dan tidak berkulat.

Tips ini dilihat mudah bukan, tetapi tahukah anda tips ini mampu mempercepatkan surirumah menyediakan makanan.

Cara-cara menyediakan cili kisar yang tahan berbulan ini telah mendapat ribuan tanda suka dan perkongsian di laman sosial Facebook yang dikongsikan oleh Mim Nazihah di satu page memasak.

Cara-cara Membuat Cili Kisar Yang Tahan Lama 

“Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tau kan, tapi tak mengapa.  Kak Min nak kongsi jugaklah, mungkin ada sorang dua yang masih tak tau kan”.

“Selalukan kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih kan”. Buat camni tahan lama, sebulan dua tak berkulat”.

Bahan-bahannya adalah seperti berikut :

  • Cili kering

  • Bawang putih

  • Air tapis

Cara-caranya adalah :

  1. Potong cili kering dan buangkan bijinya.
  2. Kemudian kupas bawang putih.
  3. Cuci bersih kedua-duanya terutama cili kering.
  4. Kemudian rebus cili kering bersama bawang putih. Masukkan air tapis dan rebus  sehingga lembut cili.

5. Kemudian toskan cili yang direbus tadi (tidak perlu basuh lagi ,cuma tos saja. Sebabnya adalah kita sudah cuci bersih sebelum rebus dan jika basuh semula guna air paip nanti cili kisar tidak akan tahan lama).



6. Biarkan sekejap agak-agak cili tadi sejuk sikit dan kisar dengan menggunakan air tapis.

7. Jangan guna air paip dan guna air tapis untuk cili tahan lama dan guna bawang putih kerana ia bertindak sebagai anti kulat. Cili akan tahan lama dan tidak berkulat.

Selamat Mencuba!!!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.