Connect with us

Viral

[FOTO] “Comel tak saya hari ni” Gambar Terbaru Ainul Mardhiah Dipakaikan Baju Comel

Berita kejayaan pembedahan membuang tumor di mulut adik Ainul Mardhiah sememangnya menjadi fenomena khususnya bagi rakyat Malaysia.

Tumor seberat 200g yang ditanggung oleh adik Ainul sebelum ini akhirnya berjaya dibuang oleh pakar-pakar di UK dengan izin Allah.

Malah, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri telah menziarahi adik Ainul ketika lawatan singkatnya di London.

Terbaru menerusi laman Instagram, ibu Ainul Mardhiah telah berkongsi foto terbaru Ainul yang comel dipakaikan baju cantik dengan teddy bear.

Sebelum ini, umum sudah biasa dengan wajah ainul yang hanya berbaju putih wad di hospital.

Baca: “Berapa lama Ainul akan berada di london?” Ini Jawapan Ayah Ainul Mardhiah

“Comel tak saya hari ni. Terima kasih nurse pakaikan saya baju yang cantik cantik di sini dan bagi saya kawan teddy bear” – Ainul Mardhiah

Rata-rata netizen memuji kecomelan adik Ainul dan tidak sabar untuk Ainul dibawa pulang ke Malaysia.


Semoga Ainul sentias sihat walafiat dan ibu bapanya terus cekal menghadapi ujian ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.