Sejak Mac lalu, negara masih lagi gigih melawan pandemik Covid-19. Ketika ini hari demi hari angka jangkitan wabak berkenaan masih lagi tinggi.
Dua negeri yang sedang bergelut dengan penularan wabak ini secara meluas adalah Kedah dan Sabah.
Ekoran dari itu, ramai petugas barisan hadapan ditugaskan untuk mengawal keadaan di dua negeri berkenaan.
Ustaz Ebit Lew hantar bantuan ke Penjara Pokok Sena
Isu berkenaan turut mendapat perhatian pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew yang bergegas menghantar bantuan ke penjara di Pokok Sena.
Menerusi perkongsian terbaru yang dimuat naik oleh beliau di lama Facebooknya, beberapa keperluan diberi bagi membantu keadaan disana.
Saya dapat surat rasmi dari Penjara HQ dan Penjara Pokok Sena mohon bantuan
“Sayu rasa. Pagi ini saya dapat surat rasmi dari Penjara HQ dan Penjara Pokok Sena memohon bantuan untuk warga penjara untuk mereka yang dikuarantin”.
“Terus bergegas belikan dan uruskan lori untuk penghantaran ke penjara. Saya doakan lori bantuan selamat sampai. Saya tak kesana”.
Kita semua sebuah keluarga
“Syukur selesai dapat belikan keperluan untuk 200 orang. 200 tilam. 200 bantal, tuala dan cadar. Kipas 10 biji. Face shield 2000 pcs”. Barang-barang makanan dan barang asas”.
“Ya Allah selamatkanlah dan permudahkanlah buat warga penjara pokok sena dan Alor setar”.
“Ya Allah selamatkan saudara kami di seluruh Sabah. Selamatkanlah kami semua ya Allah” tulis beliau.
Buat warden semua dan petugas negara moga terus diberi kekuatan
“Semua saudara kami yang sakit sembuhkan. Yang dijangkiti pulihkan. Yang kehilangan keluarga tersayang beri kekuatan kesabaran”.
“Buat warden semua dan petugas negara barisan hadapan disana terus kuat dan diberi kekuatan. Ini ujian kita bersama”.
Semoga kita sama-sama dapat bekerjasama memutuskan rantaian Covid-19 dan negara kembali aman seperti dahulu.
Pingback: "Penjara minta duit Ustaz Ebit, cukai yang kami bayar p mana?" Friends of HASIL Jawab Soalan Netizen Ini | YOY Network