Connect with us

Viral

[FOTO] Dihimpit Kemiskinan, Kanak-kanak Ini Guna Beg Tali Rafia dan Tidak Berkasut Ke Sekolah

Zaman persekolahan selalunya menjadi memori paling manis bagi kebanyakan daripada kita.

Namun begitu, masih ada golongan yang kurang bernasib baik dan terpaksa hidup dihimpit kemiskinan.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang guru berkongsi bagaimana salah seorang anak muridnya ini datang ke sekolah dengan berkaki ayam dan menggunakan beg yang diperbuat daripada tali rafia.

Kanak-kanak ini dipercayai belajar di sebuah sekolah di pedalaman Thailand dan datang dari keluarga yang miskin.

Keluarganya dikatakan tidak mampu untuk membelikannya kasut dan beg. Jadi ayahnya terpaksa menyulam menggunakan tali rafia dan menjadikan sebuah beg.

Walaubagaimanapun beg sekolahnya itu kelihatan kukuh dan mampu membawa beban buku dan dilengkapi dengan kancing hitam.


Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap kanak-kanak itu dan ada yang mahu membantunya.

 

Semoga adik ini terus cekal hadir ke sekolah untuk belajar dan membantu ibu bapanya apabila dewasa kelak.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.