Connect with us

Selebriti

[FOTO] “Doa 10 tahun lepas dimakbulkan pada tahun ni” Saharul Ridzwan Bersyukur Dapat Rumah Baru

Pelakon terkenal Saharul Ridzwan meluahkan rasa syukur setelah doanya sepuluh tahun lepas dimakbulkan.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram milknya, Saharul telah berkongsi foto bersama keluarganya di rumah baru milik mereka.

Bersangka baik dengan Allah, sabar itu indah

Alhamdulillah syukur. Satu persatu Allah makbulkan doa sy. Doa 10 tahun lepas pun di makbulkan pada tahun ni. Kenapa? Sy percaya bila kita bersangka baik kepada Allah, maka Allah akan makbulkan doa kita.

Goodluck sayang @deenaemir dengan @qaabilabeauty. Dan mari usaha dengan @juzfitofficial. Syukur Alhamdulillah, semoga tahun 2020 ni , makin meriah dengan rezeki dari Allah. Cukupkan lah segala rezeki yang Kau beri. Jauhkanlah istidraj. Amin Ya Rabb

P/s: Jangan doa je semata, tapi semua yang wajib kita abaikan, yang dilarang kita dekatkan. Semoga kita semua dilindungi Allah. Amin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Rata-rata pengikut dan rakan selebriti mengucapkan tahniah buatnya dan keluarga.

Saharul Ridzwan atau nama sebenarya Mohd Saharul Ridzwan bin Hashim dilahirkan pada 26 Januari 1989 dan merupakan seorang pelakon dan model Malaysia.

Saharul adalah finalis Hero Remaja 2011/2012 dan telah membintangi beberapa siri televisyen termasuk Romi Cinta Julia (2014), Hati Perempuan (2015), Kau Aku Kita (2015), Seindah Takdir Cinta (2016), Arluna (2017) dan Jangan Benci Cintaku (2018).

 

View this post on Instagram

 

12 Januari 2016 : Time tu pagi birthday dia, sy dengan nekadnya text dia nak wish bday, nervous sbb dah tak lama betul tak contact dia. Takut2 la dia block no sy kan. LEPAS sy wish “Selamat Hari Lahir Deena”, dia terus reply! 😆 . So saya terus call dia : “Awak dah kahwin?” “Belum” “Ada boyfriend?” “Tak ada” “Sy nak kahwin dengan awak” . Tapi ni lagi best. Lepas kahwin, dia baru cerita dekat saya, pada pagi yang sy call dia tu, dia dengan kawan2 dia, tengah celebrate, then kawan2 baik dia suruh dia doa something sebab birthday dia. Jadi doa dia adalah; “Ya Allah, tahun ni aku nak kahwin, temukanlah jodoh aku”. Lepas dia aminkan doa, sy yang call dia. Jodoh kan? 😌 . Selamat Hari Lahir sayang. Terima kasih sudi hidup dengan saya di dunia. InShaaAllah, kita sama2 usaha supaya kita sekeluarga sama2 jugak di akhirat nanti. Amin Ya Rabb. Semoga doa ini di makbulkan juga pada hari kelahiran awak. ❤️ @deenaemir

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Pada Mac 2016, Saharul menjenamakan semula dirinya sebagai Saharul Ridzwan, sambil menyatakan bahawa nama Syarul Ridzwan sebagai sebahagian daripada proses kematangan usianya.

Saharul mendirikan rumah tangga dengan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir pada tahun 2016 dan dikurniakan anak lelaki pertama bernama Muhammad Luth Ali yang dilahirkan pada 6 Jun 2017.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.