Pastinya ramai yang merindui bayi kesayangan semua, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dan perkembangannya pasti sering ditunggu seluruh rakyat Malaysia.
Ainul baru saja berusia satu tahun lebih dan fizikal adik Ainul semakin menampakkan perubahan apabila semakin comel dan tembam berbeza dengan keadaannya semasa berada di hospital dahulu.
Semalam, Ibu Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Zaidi telah memuat naik foto terbaru Ainul yang dipakaikan tocang dikepala kerana rambutnya sudah pun panjang.
“Assalamualaikum semua. Hari ini Ainul jalan-jalan dengan mama dan walid.”
Sebelum ini bapa Ainul Mardhiah, Amad Safiuddin telah memuat naik foto terbaru Ainul yang dipakaikan tocang dikepala kerana rambutnya sudah pun panjang.
“Antena tu untuk serap ion ion positive di sekeliling ainul. Bukan saje saje buat macam tu”
Safiuddin juga turut menyertakan sekali kapsyen berseloroh dengan mengatakan tocang Ainul itu sebagai antena yang menyerap perkara positif disekelilingnya.
Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian yang dibuat oleh Ahmad Safiuddin tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai koemn positif menerusi gambar yang dimuat naik.
Netizen juga mengakui terhibur dengan kapsyen lucu tersebut dan turut meninggalkan komen gurauan di ruangan posting tersebut.
Semoga adik Ainul Mardhiah sentiasa sihat dan ceria.