Connect with us

Selebriti

[FOTO] “Ini merupakan hubungan paling lama yang pernah saya lalui” Luahan Yusry Buat Lisa Suriani

Pasangan selebriti Yusry Abd Halim dan Lisa Surihani antara pasangan selebriti kegemaran ramai.

Sekitar dua hari lepas, Yusry memuat naik gambar beliau bersama isteri tercinta dan dua orang anak mereka dan menulis kapsyen yang romantis.

Yusry memuat naik kapsyen dan gambar itu sempena ulang tahun perkahwinan pasangan ini setelah 8 tahun mendirikan rumahtangga.

Yusry muat naik kapsyen romatis untuk isteri tercinta

Setelah lapan tahun melayari bahtera perkahwinan, Yusry Abd Halim dan isteri, aktres Lisa Surihani bersyukur dikurniakan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne,5 tahun dan Yusof Leonne, 3 tahun.

Menerusi kapsyen romantis yang ditulis, Yusry gembira dengan kehidupannya kini yang bergelar suami dan bapa kepada dua orang cahaya mata.

“Siapa sangka, kami berjumpa hampir 9 tahun yang lepas dan sudah mendirikan rumahtangga selama 8 tahun”.

Hubungan paling lama yang pernah saya lalui

“Ini merupakan hubungan paling lama yang pernah saya lalui, but feels like the shortest. Its true when they say time flies when we are truly happy”.

“Thank you for being my everything sayang @lisasurihani Selamat Hari Kita 8,” ujar beliau.

Pasangan ini telah berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua orang permata hati setakat ini.

 

View this post on Instagram

 

Tahun ni raya ke4 baru sempat post gambar. Salam Aidil Fitri dari kami sekeluarga di Madinah

A post shared by Yusry Abdul Halim (@yusryabdhalim) on

Terdahulu, Yusry pernah berkahwin dengan Erra Fazira pada 2003. Namun begitu rumah tangga mereka hanya bertahan tiga tahun tanpa dikurniakan cahaya mata.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.