Isteri kepada pelawak popular Lan Pet Pet, merupakan adik kepada pelakon cantik, Rozita Che Wan. Dia bukanlah seorang yang terkenal seperti kakak dan adiknya Ayu Raudhah, namun wajahnya saling tak tumpah jelita seperti Che Ta dan Ayu. Sangat cantik persis anak dara.
Lan Pet Pet pernah mengaku dia jarang berkongsi kisah keluarganya kerana mengikut nasihat ibunya yang mengatakan tidak perlu terlalu expose kisah peribadi dan disebabkan itu kisah keluarganya jarang diceritakan di ruangan akhbar, namun baru-baru ini isterinya yang cantik sering terlihat di entri milik kakak iparnya.
Jarang sebenarnya kita dapat melihat aksi Che Ta bersama adik beradiknya yang lain. Memang tidak dapat dinafikan, mereka semua dianugerahkan wajah yang cantik dan manis sekali malah kesemuanya ramping-ramping belaka.
Sememangnya adik beradik Che Ta memang terkenal dengan kecantikan mereka.
Rubytah Abu Bakar @ Che Wan atau dikenali Ruby Che Wan dan Lan mengenali sejak di bangku sekolah lagi iaitu ketika aktif dalam sukan berbasikal.Ruby ketika itu berumur 17 tahun belajar di Sekolah Menengah Tun Sharifah Rodziah, Jalan Kuala Kedah, manakala Lan menuntut di Sekolah Menengah Darul Aman, Alor Star, Kedah.
Lan telah berkahwin pada tahun 20 Ogos 2008 dengan Ruby Che Wan dan kini mempunyai 3 orang cahaya mata.
Bahagia betul melihat pasangan suami isteri Lan dan Ruby Che Wan, kemana sahaja pasti kemesraan mereka mengundang cemburu pasangan berkahwin yang lain bukan?
Jom lihat beberapa foto Ruby Che Wan yang cantik persis anak dara ini.
Kelibat Ruby Che Wan, adik kepada Rozita Che Wan sedikit sebanyak mencuri perhatian peminat Che Ta lebih-lebih lagi apabila mengikat tali perkahwinan dengan Lan Pet Pet. Melihat penampilannya yang sudah berubah kini, tertanya-tanya bagaimana wanita ini melakukan penghijrahan. “Saya melakukan transformasi diri dengan melabuhkan sedikit tudung selepas pulang daripada mengerjakan haji tahun lalu. Perubahan ini berlaku apabila saya terfikir sudah beberapa kali mengerjakan umrah namun apabila tiba masa mahu meninggalkan tanah suci timbul rasa tidak seronok.
Apabila saya berada di tanah suci dan kembali ke Malaysia umpama berada dalam dua dunia yang berbeza. Sepatutnya ke mana sahaja kita berada amalan dan pakaian kita adalah sama. Oleh itu sejurus pulang daripada mengerjakan haji tahun lalu saya nekad untuk mengubah penampilan. Penghijrahan ini bukan untuk menunjuk alim dan sebagainya tetapi mahu menyarung pakaian yang boleh di bawa solat tidak kira masa dan tidak kira tempat,” terang ibu kepada empat orang anak ini.
Tambah wanita yang mudah mesra ini, setiap kali menemani suami menghadiri majlis tertentu ramai wanita yang bertanya tentang pakaian yang tersarung di tubuhnya.
“Memang baju dan tudung yang saya pakai sekarang tidak ada dijual di mana-mana. Rekaannya saya buat sendiri dan jahit sendiri.
“Dahulu saya memang tidak suka menjahit dan hanya tahu mereka pakaian sahaja. Akibat takut tukang jahit tidak faham keinginan saya justeru saya jahit sendiri.
“Benar kata orang jika kita buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh pasti akan berjaya,” bicara Ruby yang belum terfikir untuk memasarkan baju rekaannya itu.
Menurut Ruby persediaan baju raya tahun ini berbeza sedikit daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Baju raya tetap ada tetapi lebih sederhana dan yang penting adalah keselesaan ketika memakainya.
Setiap tahun pasangan ini akan menyambut kehadiran Syawal di Kedah. “Memang benar setiap tahun saya akan balik Kedah. Kedua-dua mak dan mak mentua ada di sana. Cuma setiap tahun saya akan beraya di rumah Lan terlebih dahulu dan selepas solat sunat Aidilfitri baharu saya akan pulang ke rumah mak di Alor Star.
Juadah hari raya biasanya mak mentua yang akan sediakan segala-galanya. Walaupun mak mentua sudah berusia tetapi dia masih kuat lagi.
Mak mentua jenis yang suka masak dan tak bagi orang lain masuk dapurnya. Antara hidangan istimewa air tangan mak mentua sudah pasti ketupat dan gulai daging.
Manakala laksa pula menjadi hidangan kegemaran anak bongsu dan satu-satunya lelaki iaitu Lan Pet Pet,” gurau Ruby kepada suaminya yang dikenali sejak di bangku sekolah lagi.
Di samping menguruskan perjalanan seni suaminya, Ruby juga sibuk menguruskan syarikatnya, RCW Beauty Empire yang terkenal dengan produk Lotion Putih Ajaib.
Bercerita tentang perniagaan yang berasaskan kecantikan yang terlalu banyak persaingan kini, Ruby positif memandang setiap cabaran.
“Memang sekarang semua orang mahu berniaga. Ada yang berhenti kerja untuk membuka perniagaan berasaskan kosmetik dan ada juga dahulu yang bergelar agen atau stockist yang sudah membina jenama sendiri.
“Bagi saya semua itu adalah persaingan yang sihat dalam perniagaan. Namun, apa yang saya utamakan adalah kualiti produk saya.
“Melalui penyelidikan dan pembangunan yang teliti produk tersebut baharu kita boleh mendapat kualiti yang terbaik.
“Sebagai pengguna pula mereka perlu berhati-hati memilih produk yang terbaik untuk kulit mereka,” ungkap bekas perancang kewangan ini.
Sumber: Media Hiburan / Nona