Connect with us

Viral

[FOTO] Jangan Buang Kerusi Terpakai Lusuh, Lelaki Ini Ubahsuai Jadi Sofa Moden Dan Cantik

Jika anda mempunyai perabot lama dirumah, mungkin anda boleh menukar perabot tersebut menjadi perabot lama yang diberi nafas baru.

Selain itu juga, pelbagai perabot terpakai dijual dengan harga yang murah dan anda boleh menukarkan ia menjadi perabot yang elegen dan mempunyai nilai estatiknya.

Kerusi lama yang diberi nafas baru

Menerusi satu perkongsian pengguna Facebook Fithry Anaqi, dia telah berkongsi hasil ubahsuai kerusi lama yang dengan nafas baru.

Kerusi yang lama dan mempunyai rekabentuk retro yang tampak lusuh dan kurang menarik menjadi sebuah set kerusi yang lebih elegan.

Kerusi lama yang dibelinya dari kedai perabot terpakai itu telah ditambahbaik dengan menukar cat serta kusyen yang baharu.

Kerusi itu menggamit memori lama

Menurutnya, kerusi jenis itu telah menggamit memori lama itu telah diberi peluang kedua apabila ada yang tahu menilainya.

Selain itu, pengubahsuaian bermula dengan mengetatkan kembali kayu-kayu yang longgar pada kerusi.

Ketatkan kayu untuk pastikan ia kukuh

Proses mengetatkan kayu adalah untuk memastikan keadaan kerusi itu benar-benar kukuh.

Tambahnya lagi, kerusi tersebut dibeli dari kedai menjual perabot terpakai. Oleh sebab itu, kerja-kerja penyelenggaraan kerusi harus dilakukan.

Apabila telah selesai memperbaiki kerosakan yang ada pada kerusi, kayu-kayu kerusi perlu diasingkan selepas itu.

Kemudian buang cat lama pada kerusi

Ini untuk memudahkan proses membuang cat lama yang ada pada kerusi. Proses menanggalkan cat lama amat penting bagi menghasilkan cat baru yang tahan lebih lama pada kerusi tersebut.

Cat semula kerusi warna keemasan 

Apabila proses mengecat semula kerusi dengan warna keemasan telah selesai, proses penambahan aksesori pula dilakukannya.

Penambahan aksesori ikut citarasa pengguna

Kemudian, boleh lakukan penambahan aksesori dilakukan mengikut citarasa pengguna. Proses ini turut memberi impak dari segi rupa bentuk kerusi itu supaya kelihatan lebih moden.

Apabila selesai memasang aksesori pada kerusi tersebut, tiba masanya untuk meletakkan kusyen yang ditempah khas mengikut ukuran kerusi.

Hasilnya memang cantik dan elegan

Selain itu, pemilihan warna dan corak kusyen turut memainkan peranan penting bagi menyerlahkan lagi kecantikan kerusi. Kusyen yang mempunyai aksesori butang membuat kerusi kelihatan moden dan mengikut trend.

Dari kerusi yang lama dan retro telah mengubah menjadi kerusi yang lebih elegan dan moden dengan sentuhan yang tepat dan kreatif.

Sesiapa yang ada kerusi lama dirumah bolehlah cuba memberikan sentuhan baru kepada perabot lama.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.