Bagi penggemar kucing, pasti tertarik dengan Narnia yang merupakan seekor kucing yang mempunyai dua warna pada wajahnya.
Kucing ini mempunya dua tona warna
Memiliki wajah yang unik, kucing ini mempunyai dua tona warna kelabu dan putih pada wajahnya.
Narnia disamakan dengan Chimera
Apabila dilihat, Narnia ini dapat disamakan dengan kucing jenis Chimera yang pernah menjadi perhatian ramai.
Chimera juga mempunyai dua warna bukan sahaja pada wajahnya tetapi juga pada kedua belah matanya, dan menjadi viral di laman sosial.
Kucing jenis ini dipercayai hasil 2 jenis DNA berbeza
Menerusi perkongsian oleh people.com , kucing jenis ini dipercayai mempunyai hasil pergabungan dua jenis DNA yang berbeza.
Namun, ia menjadi semakin pelik selepas pemiliknya mengatakan bahawa ujian DNA yang dilakukan tidak menunjukkan bahawa itu terjadi.
Ujian dilakukan dan Narnia hanya mempunyai satu DNA
Seorang ahli genetik telah melakukan ujian terhadap Narnia. Ternyata kucing ini hanya mempunyai hanya satu DNA dan ia masih menjadi misteri sains.
Malah, Narnia yang mempunyai mata biru yang cantik juga sangat jarang terjadi terutama pada kucing berwarna hitam sepertinya. Kebiasaannya mata berwarna biru sering dijumpai pada kucing putih.
Anak-anak Narnia mengambil warna sisi wajahnya
Apa yang lebih menarik, Narnia telah menyebarkan warna-warna itu kepada anaknya. Anaknya masing-masing telah mengambil warna di setiap sisi wajah Narnia.
Anaknya yang diberi nama Prada dilihat berwarna hitam manakala saudara kembarnya Phoenix berwarna kelabu.
Wajah anak-anaknya terbahagi dengan sempurna
Kedua-duanya mengikuti wajah Narnia dan dilihat terbahagi dengan sempurna.
Walaupun, keduanya tidak mengikut mata biru Narnia. Namun, mereka memiliki mata coklat yang memikat.
Keunikan wajah Narnia dan anak-anaknya ini telah menjadi perhatian ramai terutama pencinta haiwan.