[FOTO] Manis Bertudung, Polis PBB Ini Jadi Tumpuan
Kini ramai wanita mula menceburkan diri dalam pelbagai kerjaya yang dimonopoli oleh kaum lelaki.
Bukan sahaja dari sektor kerajaan, malah sektor swasta dan badan berkanun juga mula mengambil wanita untuk memenuhi kekosongan dalam sektor terbabit.
Nampak sahaja wanita yang berkerjaya lelaki ini ayu ketika diluar dari kerjaya mereka, tetapi mereka juga berkebolehan dan mampu berdiri setanding golongan lelaki.
Terbaru tular satu berita mengenai seorang wanita cantik dan ayu yang berkerja sebagai anggota polis.
Manis berhijab gadis itu, walaupun ayu tetapi beliau tangkas dan cekap mengendalikan senjata ketika menjalankan tugas.
Seorang gadis berasal dari Jogjakarta, Indonesia yang kini merupakan salah seorang anggota polis United Nations yang bernama Hikma Nursya.