Masih belum reda dengan isu seorang usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad yang sedang melaksanakan umrah di Makkah.
PU Rahmat menerusi laman Facebook miliknya mempersoalkan tanggungjawab mutawif dan travel agency yang membawa Sajjad ke sana.
Menerusi perkongsian itu, PU Rahmat memuat naik sekeping foto yang dikaitkan Sajjad dan Mutawif.
Di dalam foto tersebut, dilihat mutawif itu sedang minum semeja bersama Muhammad Sajjad yang lengkap bertudung.
PU Rahmat mengutarakan persoalan kepada Mutawif tersebut, adakah perkara itu turut di luar jangkaan sedangkan mereka minum satu meja.
Malah, PU Rahmat turut mempersoalkan kewujudan perjanjian di antara travel agency dengan Muhammad Sajjad.
Baca [VIDEO] “Nama kau tu Muhammad!!” Lebih 1 Juta Tontonan, Marah Betul Zul Yahya Kali Ini
Beliau juga siap meninggalkan nombor telefon untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak Travel Agency terbabit.
Berikut adalah tulisan PU Rahmat di Facebook beliau.
Bertakwalah pada Allah wahai Mutawif
1) Al Bayt dan mutawif ini beri alasan bahawa sajat berpakaian wanita adalah di luar jangkaan . Dah tu ni apa wahai Ustaz Mutawif ? Minum satu meja sambil sajat pakai tudung ni pun luar jangkaan kah ?
2) Kalau betul Mutawif dan Travel Agency masih ada iman tolonglah jangan benarkan lagi sajat pakai pakaian perempuan di Tanah Haram . Suruh dia ikuti perjanjian yang kononnya ada di antara Kalian dengan Sajat
Wujudkah perjanjian itu?
3) Kalau aku tahu kalian melindungi sajat kerana keuntungan bayaran. Aku tak segan menyamakan kalian dengan Kapitalis yang tiada moral dan agama selagi mana ia menguntungkan kocek syarikat
Saya perlukan penjelasan atas persoalan saya.
Saya sedia menerima panggilan daripada Pihak Travel Agency . Call saya di talian 013 9999 894
Rata-rata netizen meninggalkan komen di perkongsian tersebut memberikan pandangan masing-masing.
“Bersangka baiklah wahai mad.. Mana tau.. Mutawwiftu nak menjadikan sajat itu sebagai isteri yang halal..”
“Dah elok2 free hair kat Malaysia.. Buat apa lah nak bertudung kat negara org Wahai lelaki”