Melalui laporan mStar, wanita itu bernama Nik Hana Yasmin berasal dari Kota Bharu, Kelantan.
Setelah menjadi viral, ramai yang memuji Hana dan ada yang turut mendesak agar ibu kepada empat anak itu berkongsi rahsia bagaimana beliau menjaga penampilan dan kelihatan sangat muda.
Kini menetap di Puchong, Selangor. Hana memberitahu,
“Saya tak ada petua apa sangat pun, cuma ada satu amalan yang saya buat sejak berusia 20-an.
“Setiap hari selepas bangun pagi, saya minum air suam.
“Saya ambil madu, bancuh dengan air. Baca selawat dan surah tiga Qul.
“Petua itu diamalkan setiap pagi dan malam sebelum tidur dan ia diperturunkan oleh emak saya,” ujar Yasmin sewaktu dihubungi mStar pada Sabtu.
Hana Yasmin yang menetap di Puchong dan baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan kecantikan ini memiliki empat cahaya mata.
Selain pasangan kembar perempuan Nur Arina dan Nur Anis yang berusia 19 tahun, dia turut dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Ahmad Danial Haiqal, 16 dan Ahmad Danish Haziq, 12.