Connect with us

Viral

[FOTO] “My last departure” Luahan Sayu Staff Air Asia Sebelum Mengundurkan Diri

Sebelum ini Air Asia Berhad membuat satu pengumuman bakal menamatkan perkhidmatan 111 kru kabin daripada 1,900 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera dalam usaha pengecilan operasi.

Mohon maaf kepada kru AirAsia

Pengumuman pemberhentian itu telah dimaklumkan sahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Riat Asmat dan pihak mereka memohon maaf kepada kru AirAsia.

Syarikat penerbangan tambang murah itu terpaksa mengecilkan skala pekerja mereka dan menegaskan bahawa syarikat tiada pilihan lain yang boleh selain melakukan penstrukturan semula organisasi.

Riad turut berkata, situasi yang dihadapi AirAsia Berhad kini adalah amat sukar dan semua langkah mengurangkan, memantau faktor dalaman dan luaran adalah tidak mencukupi.

Sayu luahan pekerja-pekerja Air Asia

Sehubungan dengan itu, staf-staf Air Asia yang terpalit dengan kuputusan ini meluahkan rasa rayu kerana kehilangan kerja serta pendapatan mereka sekali gus di laman Twitter.

Usaha sehabis baik laksanakan kerja

Apa yang menyentuh perasaan, kesemua mereka ini sanggup memberikan usaha sehabis baik dalam melaksanakan pekerjaan mereka dalam bidang penerbangan.

My last departure for the company

Beberapa keping gambar yang dimuat naik di laman Twitter dengan kapsyen yang menyentuh hati itu turut mendapat perhatian netizen.

 


Keluarga staff yang terlibat turut terkesan

Secara tidak langsung, ahli keluarga juga turut terkesan dengan tindakan yang terpaksa dibuat oleh syarikat penerbangan berkenaan.

Ramai yang mendoakan industri penerbangan pulih

Ekoran kejadian yang menimpa para staf penerbangan Air Asia, ramai yang menghimpunkan kata-katakan buat mereka yang dibuang kerja.

Malah ramai yang mendoakan agar industri penerbangan bakal pulih dan mereka semua bakal dipanggil untuk kembali bekerja.

Diharap staff yang terlibat tabah menghadapi ujian tersebut dan semoga mereka dimurahkan rezeki di tempat lain.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.