Connect with us

Selebriti

[FOTO] Nampak Sebaya Dengan Anak, Ini Rahsia Awet Muda Puan Sri Normala Pada Usia 56 Tahun

Walaupun bakal meniti usia 56 tahun pada Jun ini namun, Puan Sri Normala Samsuddin  pesona beliau masih kekal cantik seperti dulu.

Raut wajah beliau bagai tidak dimamah usia langsung, tubuh badannya juga masih seperti dahulu dan memang awet muda.

Wajah cantik lembut beliau penghias Majalah Nona edisi Julai 2015 di samping anakanda tersayang, Ruhila.

Rahsia awet muda Puan Sri Normala

Namun begitu, Puan Sri Normala dilihat masih kekal dengan karakter lembutnya yang sarat dengan sifat ketimuran wanita Melayu.

Apabila diajukan soalan rahsia awet muda yang diamalkan memandangkan tidak banyak kesan penuaan terlakar di wajahnya, beliau hanya tertawa kecil.

 

View this post on Instagram

 

No pain no gain. The beauty about pain, we gain something better than we expect. Listen to our heart & mind to stay slim & healthy.

A post shared by Normala Samsudin (@normalasamsudinofficial) on

 “Saya tiada rahsia apa-apa untuk dikongsi. Syukur dikurniakan kesihatan yang baik. Cuma saya sering dipujuk suami supaya jangan tinggal bersenam dan bersukan”.

“Kehidupan yang aktif menjadikan siapa saya hari ini. Saya suka main badminton, panjat bukit dan sesekali berenang” lapor Nona.

“Saya juga sudah kurang berkunjung ke spa kerana lebih suka membelai diri sendiri di rumah”.

“Bila di rumah pula saya sibukkan diri dengan berkemas, sambil mengemas kini
gambar-gambar lama dan bermain dengan cucu,” ujarnya.

Saya amalkan gaya hidup sihat

Selain itu, bertanya mengenai penjagaan tubuh badan agar kekal sihat. Ini amalan isteri Tan Sri Haji Azmi Khalid.

“Saya tidak mengambil jamu, tapi ada mengambil supplemen seperti protein, vitamin B dan C, Omega dan sebagainya”.

“Saya juga amalkan makan buah-buahan atau jus sebelum makanan asasi”.

“Pada usia senja ini saya masih rajin bersenam seperti bermain badminton, mendaki, brisk walking, pilates, line dancing dan aerobik bagi mengekalkan stamina”.

“Sebulan sekali juga saya akan lakukan urutan atau refleksologi.”

Tidak selesa kongsi kehidupan peribadi kepada umum

Sementara itu, beliau selesa untuk tidak terlalu mendedahkan kehidupan peribadi kepada umum, untuk menghormati privasi suami dan keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Normala Samsudin (@normalasamsudinofficial) on

“Apa saja yang boleh membahagiakan suami dan anak-anak, saya akan patuh demi privasi serta kebahagiaan kami”.

“Sebagai isteri, saya perlu bijak membawa diri bahkan mempelajari apa jua cara terbaik untuk karier suami”ujar beliau.

Mereka sekeluarga sering menghadiri kuliah agama

“Disamping itu, beliau juga mengakui sentiasa memastikan agar dirinya dan anak-anak menghadiri kuliah agama”.

“Agar dapat dijadikan benteng buat anak-anak daripada hanyut dengan pelbagai godaan dunia,” telus ibu kepada Mohammad Asyraf, Ruhila dan Rubilla ini.

 

 

View this post on Instagram

 

Me & Abg Aji.

A post shared by Normala Samsudin (@normalasamsudinofficial) on

“Apabila ditanya rahsia untuk mengikat hati suami, rasanya saya bukanlah orang yang layak untuk memberi motivasi kerana saya sentiasa memperbaiki diri”.

Segala impian telah pun tercapai

“Namun kini saya amat bahagia dan segala impian serta harapan telah pun tercapai. Selebihnya saya berserah kepada takdir Allah”.

“Moga segala kelemahan diperbaiki, segala kekurangan diperbetulkan dan segala yang dikurniakan kepada saya amat saya syukuri.”

Semoga perkongsian bermanfaat ini dapat menjadi inspirasi kepada ramai wanita diluar sana.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.