Taraf hidup dan kos yang semakin meningkat antara faktor ramai orang memilih rumah pangsa sebagai kediaman mereka.
Namun begitu, ramai diantaranya tidak saling bekerjasama untuk memastikan kawasan rumah mereka berada dalam keadaan baik dan tidak menghiraukan jiran-jiran yang lain.
Terutamanya kejiranan di pangsapuri atau rumah teres berkembar. Secara kasarnya, kita berkongsi bumbung dan dinding yang sama.
Sampah dibuang merata-rata
Kita perlu saling menjaga kawasan kediaman agar tampak lebih bersih, supaya semua penduduk kekal sihat.
Menerusi satu perkongsian, seorang wanita berkongsi sikap negatif sesetengah penduduk kejiranan yang tidak menjaga kebersihan.
Kita dituntut beradab dengan jiran
Malah, ada juga yang mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan orang lain. Perkongsian ini untuk sedarkan masyarakat tentang pentingnya hidup berjiran.
“Bila kita tinggal di kawasan yang dikelilingi jiran tetangga, ketahuilah bahawasanya kita dituntut untuk beradab terhadap jiran kita”.
“Wujudkan suasana kemesraan melalui aktiviti kenal-mengenali dan hormat-menghormati sesama sendiri serta bertoleransi”.
Jangan mengotorkan kawasan kejiranan
“Sentiasa wujudkan suasana aman damai dan ambil berat bukan “bizibody”. Jangan lakukan perkara yang menyakitkan hati jiran, mengotorkan kawasan kejiranan dan mengambil tahu hal peribadi jiran”.
“Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk”.
Jiran yang jahat tidak berakhlak
“Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk Syaiton sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain”.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata pengguna Twitter juga berkongsi rasa kesal dengan segelintir masyarakat yang pengotor dan tidak mampu untuk berubah.
Semoga kisah ini menjadi teladan dan pengajaran kepada semua dan diharap kita saling hormat menghormati antara sesama jiran.